Nadia

Thursday, May 5, 2016


Syawal 1433 bersamaan Ogos 2012, pasangan Nicky dan Nissa dikurniakan cahaya mata sulung. Noor yang selalu menyibuk turut tumpang gembira. Menyingkap kembali lipatan sejarah, Nicky sedang berjalan dengan Noor semasa Nicky tiba-tiba patah balik untuk menegur seorang wanita Sarawak di Convocation Festival (Convest) pada tahun 2006. Noor juga kemudian telah menjadi saksi nikah mereka berdua di Miri, justeru kelahiran anakanda mereka berdua amat bermakna buat Noor, yang menyaksikan dari mula cinta bercambah sehinggalah mereka dianugerah Allah zuriat. Sebuah manifestasi cinta yang indah.


Sudah menjadi kelaziman, Noor akan pergi berenang seusai kelas dan Nicky kerap membawa keluarga menemani beliau yang mengajar kelas renang di kolam renang UIA. Nadia dan Yusuf nama cahaya mata mereka. Namun si kakak lebih mudah didekati (uncle pun sayang kakak lebih sikit. P/s- Yusuf, cuba sayang sikit Uncle Noor).


Masa umur Nadia 7 hari, Uncle Noor dukung Nadia. Sekarang Nadia dah besar. Uncle Noor tahu Nadia suka jumpa Uncle Noor. Nadia cerita kuat-kuat pada semua orang bila nampak Uncle Noor sampai. Walaupun Nadia tak tahu, Uncle Noor yang sebenarnya beria-ria suruh daddy bawa Nadia datang UIA sekali.


P/s - Uncle Noor sayang Nadia.

EPILOG
Ibnu  Hisham  menceritakan (hal Hijrah Baginda SAW, ketika Baginda SAW tiba di rumah Abu Ayyub Al Ansari di Madinah), bahawa sekumpulan  anak-anak perempuan Bani Najjar  telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Rasulullah dengan nyanyian nasyid;

Kami ini anak-anak perempuan Bani Najjar*
Betapa bahagia kami yang berjiran dengan Muhammad (SAW)

Lalu Rasulullah  bertanya  kepada  mereka, “Apakah kamu semua sayang kepada aku?” Kanak-kanak itu menjawab, “Ya wahai Rasulullah." Lalu Baginda bersabda, “Hanya Allah  yang mengetahui, betapa hati aku ini juga sayang kepada kamu semua.” 
(Bab Hijrah, Kitab Fiqh Sirah, Dr Ramadhan Al Buti)
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.