Letakkan pada jiwa ini taqwanya

Sunday, May 29, 2016

0 comments

Taqwa...
Ramadhan bakal menjelang
Aku sambut dengan azam
Mudah-mudahan beroleh ketaqwaan

Taqwa...
Bukan pada petah berkata-kata
Bukan juga beramal hanya bila mahu
Tetapi hati yang sentiasa takutkan Tuhan

Taqwa...
Seakan sukar dicapai, namun
Dengan doa sang kekasih aku pohon
Moga diperkenan Yang Maha Esa

Doaku, moga dikurniakan diriku kurniaan
Dengannya aku menjadi pemimpin
Kepada orang-orang yang bertaqwa
Seperti Al-furqan ayat tujuh puluh empat

Selawat dan salam buat Rasul junjungan
Segala pujian yang tertentu bagi Pencipta
Penguasa dan Pentadbir sekalian alam

Bingkisan Hati Buat Saudara

Monday, May 9, 2016

0 comments
Kerana hal yang remeh lantas berpaling
Pergi kononnya tidak mahu kembali
Hari-hari berlalu
Hati berbisik angkuh
Ya teruskan, usah peduli

Purnama silih berganti
Terasa sungguh kering
Bukan di lidah tetapi di hati
Yang hari-hari memanggil nama
Nama yang enggan dilafaz di bibir

Namun Yang Maha Kuasa punya rencana
Dipaksa keduanya berbicara
Hati tak pasti apa yang dirasa
Jujurnya, terbit sedikit gembira
Masakan tidak...

Demikian yang dahulu
Kini, syukur buat Sang Pencipta
Atas kurnia dan nikmat bersaudara
Yang mengingatkan Tuhan ketika lupa
Yang tak lokek berkongsi bahagia

Tiga puluh satu tahun yang lalu
Tuhan merahmati dunia dengan kelahiran saudara, dan ketahuilah
Rahmat itu sudah menyentuh saya
Dari hati yang pernah kering itu saya ucapkan
Selamat hari lahir saudara

Nadia

Thursday, May 5, 2016

1 comments

Syawal 1433 bersamaan Ogos 2012, pasangan Nicky dan Nissa dikurniakan cahaya mata sulung. Noor yang selalu menyibuk turut tumpang gembira. Menyingkap kembali lipatan sejarah, Nicky sedang berjalan dengan Noor semasa Nicky tiba-tiba patah balik untuk menegur seorang wanita Sarawak di Convocation Festival (Convest) pada tahun 2006. Noor juga kemudian telah menjadi saksi nikah mereka berdua di Miri, justeru kelahiran anakanda mereka berdua amat bermakna buat Noor, yang menyaksikan dari mula cinta bercambah sehinggalah mereka dianugerah Allah zuriat. Sebuah manifestasi cinta yang indah.


Sudah menjadi kelaziman, Noor akan pergi berenang seusai kelas dan Nicky kerap membawa keluarga menemani beliau yang mengajar kelas renang di kolam renang UIA. Nadia dan Yusuf nama cahaya mata mereka. Namun si kakak lebih mudah didekati (uncle pun sayang kakak lebih sikit. P/s- Yusuf, cuba sayang sikit Uncle Noor).


Masa umur Nadia 7 hari, Uncle Noor dukung Nadia. Sekarang Nadia dah besar. Uncle Noor tahu Nadia suka jumpa Uncle Noor. Nadia cerita kuat-kuat pada semua orang bila nampak Uncle Noor sampai. Walaupun Nadia tak tahu, Uncle Noor yang sebenarnya beria-ria suruh daddy bawa Nadia datang UIA sekali.


P/s - Uncle Noor sayang Nadia.

EPILOG
Ibnu  Hisham  menceritakan (hal Hijrah Baginda SAW, ketika Baginda SAW tiba di rumah Abu Ayyub Al Ansari di Madinah), bahawa sekumpulan  anak-anak perempuan Bani Najjar  telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Rasulullah dengan nyanyian nasyid;

Kami ini anak-anak perempuan Bani Najjar*
Betapa bahagia kami yang berjiran dengan Muhammad (SAW)

Lalu Rasulullah  bertanya  kepada  mereka, “Apakah kamu semua sayang kepada aku?” Kanak-kanak itu menjawab, “Ya wahai Rasulullah." Lalu Baginda bersabda, “Hanya Allah  yang mengetahui, betapa hati aku ini juga sayang kepada kamu semua.” 
(Bab Hijrah, Kitab Fiqh Sirah, Dr Ramadhan Al Buti)
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.