Ada apa dengan cinta?

Friday, April 29, 2016

1 comments
Hadirnya menghangatkan jiwa.
Yang ada di hati terzahir di wajah, terlihat gembira.
Kaki seakan tidak menginjak dunia.
Amat bertenaga dan berkuasa.
Seakan raja bagi sebuah dimensi yang sempurna.
Nyaman sekali.
Seakan diberi dunia dan segala isinya.
Terasa sakti.

Bila direnggut pergi, binasa.
Tiada perkataaan yang dapat mencerita betapa derita jiwa dan raga.
Merasa sendirian, merasa durjana.
Dunia seakan berpaling.
Kaki terpasak kuat, ke sana ke mari jenuh diheret.
Sakit hilang hanya bila lena.
Ubatnya hanya masa.
Dan masanya itu lama.

Lalu, apabila jiwa ditanya,
"Apa ada dengan cinta?"
Segalanya...

Kelahiran

Sunday, April 17, 2016

0 comments
Puji pujian yang selayaknya buat Yang Maha Esa. Selawat dan salam buat rasul tercinta.
Menjelang hari kelahiran, menjelma peringatan bahawa baki usia semakin singkat. 
Medan kehidupan kelihatan semakin bergelora.
Iman dan taqwa, entah ke mana.
Ucapan ketuhanan, adakah jatuh ke hati atau kekal di bibir sahaja.

Puji pujian buat Yang Maha Mencipta.
Dengan izinNya, aku abadikan seharian memikirkan rahsia ciptaanNya.
Berusaha sebaiknya untuk mengemis kebaikan yang ada.
Moga hari kelahiran ini menjadi lebih bermakna.

Tidak terhitung pujian buat Yang Maha Berkuasa.
Dia adalah seperti pujian yang disifatkan buat ZatNya.
Sesudah tiga tahun, nukilan Yahya Bin Syaraf selesai aku baca.
Doaku moga dibukakan kepadaku segala rahsia yang terkandung di dalamnya.

Puji dan puja selayaknya buat Raja sekalian raja.
Diberinya aku kekuatan menghadapi dugaan dunia.
Namun hati kecil tetap merintih dan menagih simpati dariNya.
Tangisan memohon belas ehsan agar hati ini tidak dibiarkan terus lara.

Semoga kelahiran ini ditakdirkan menjadi kebaikan buat sekalian manusia.
Segala puji dan kemuliaan yang abadi, hanya milikNya.


Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.