Perihal Jemu

Thursday, March 24, 2016

0 comments
Rutin yang sama buat suatu tempoh yang lama menyebabkan manusia jemu, meskipun rutin itu sangat diidam-idamkan suatu ketika dahulu. Berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali juga mengundang rasa jemu. Apa jua yang pernah menggembirakan hati manusia, jika hari-hari disogok benda yang sama, akan mencetus rasa jemu.

Orang yang ditimpa musibah dan suka merintih, sampai masanya akan juga merasa jemu. Yang mendengar rintihan juga begitu, jika terlalu kerap disogok dengan rengekan orang yang ditimpa musibah, dia juga akan jemu. Manusia memang mudah jemu.

Namun manusia kadang kala lupa. Ada Zat yang tidak pernah jemu mendengar rintihan dan rengekan. Bahkan menjadi kemegahan buatNya mendengar aduan dari hambaNya. Meskipun begitu, hamba pula yang sebaliknya merasa jemu meminta dan merintih, mungkin kerna Zat itu tidak dicapai dengan pancaindera. 

Coretan jemu ini hanyalah ingatan buat diri. Moga yang membaca beroleh manfaat.

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.