Habibie & Ainun

Sunday, December 27, 2015

Aku menonton filem Habibie & Ainun (2012). Filem seumpama itu perlu bagi memastikan kisah susuk yang hebat itu diketahui orang. Anak Indonesia yang belajar di Jerman, memegang 46 paten penerbangan (antara yang terbanyak di dunia, andai bukan yang terbanyak) berkhidmat di Jerman sebelum kembali ke Indonesia bagi mengetuai industri pembuatan kapal terbang di tanah airnya. Genius itu kemudian diangkat menjadi Wakil Presiden (Timbalan Presiden menurut laras Bahas Melayu).

Kisah itu juga menampilkan sang isteri kepada Pak Bacharuddin Jusuf Habibie (B J Habibie), Ibu Ainun yang tak kurang hebatnya berbanding Pak Habibie. Cinta yang dizahirkan oleh Pak Habibie buat Allahyarham Ibu Ainun di dalam filem itu umpama kisah cinta dari syurga, menyentuh sesiapa sahaja yang menonton.

"Saya berkeyakinan bahwa Ainun diciptakan dan dilahirkan untuk saya. Dan saya untuk Ainun."
"Mereka mengira aku lah kekasih yg baik bagimu, tanpa mereka sadari kaulah yg menjadikan aku kekasih yang baik".
-Pak Habibie.

Semoga Pak Habibie sihat sentiasa dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ibu Ainun. Terima kasih kerana berkongsi kisah cinta yang hebat buat kami anak muda mengambil pengajaran. Semoga saya dapat meneladani Pak Habibie, begitu juga moga saya bertemu Ainun yang dilahirkan buat saya.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.