Wahai Tuhan Yang Maha Penyantun

Wednesday, September 16, 2015

Tatkala ombak menghempas ganas
Tika hujan turun menyembah lebat
Bila angin berhembus kencang
Saat mentari memancar terik
Dikala guruh berdentum gagah
Arus sungai menderu laju
Kendati semuanya datang serentak
Manusia tetap mampu berdiri tegak
Hanya bila hatinya tegar tak bergerak
Tuhan pernah berfirman
Perihal betapa keras hati manusia
Bahkan batu bukan tandingan
Meskipun demikian
Hati yang tegar itu tetap berdoa;
Wahai Tuhan Yang Maha Penyantun
Berlembutlah dengan ciptaanMu ini...
Wahai Tuhan Yang Maha Penyantun
Berlembutlah dengan kami...
Ya Latif..ultuf bina
يا لطيف الطف بنا
الطف بنا

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.