MATLAMAT SEBENAR BERPUASA: ADAKAH UNTUK MENGEJAR PAHALA?

Friday, June 19, 2015

1 comments
Segala puji-pujian hanyalah selayaknya buat Tuhan Pencipta. Sebaik-baik selawat dan salam buat Rasul tercinta. Segala kebaikan buat mereka yang memenuhi tuntutan keduanya.

Ramadhan tiba lagi dan kita terpilih untuk bertemu dengannya. Dalam bulan mulia ini, kita berpuasa, mendirikan malamnya, memberi makan kepada yang berpuasa, menghulurkan bantuan kepada yang kurang berupaya, tak kurang juga yang berhasrat untuk menurunkan berat badan agar lebih ideal. Jadi apa yang kita kerjakan itu, adakah untuk pahala, keredhaanNya, Keampunan ataupun puji-pujian manusia. Firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 183;

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

Justeru, matlamat utama berpuasa bukanlah berharap agar ramadhan kali ini penuh makna seperti lagu Manbai dan Raihan, Berpuasa itu difardhukan buat kita dengan matlamat - "mudah-mudahan kita bertaqwa". Adapun sifat taqwa itu mudah-mudahan akan dibahaskan oleh penyampai tazkirah lain. Saya menyeru diri ini dan semua yang membaca, betulkan semula matlamat kita agar yang dikejar itu taqwa, kerana dengan taqwa itu, kita akan beroleh kebaikan selainnya.

*Tazkirah Presiden di hari pertama - di group Whatsapp Izzuddinians 97-01
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.