The Tale of Cross of Taman Medan.

Wednesday, April 22, 2015

People are rumbling on the demonstration held at Taman Medan against the cross being put outside the church. We then see views expressed, for the demonstrator and against them. Every tiny details were dug out and sensationalized. Political movements are not left behind and joined the brawl. Correct teaching of Islam on treatment of other religion and the history thereof were laid down by many, some are qualified, most are not. The local authority then added salt to the wound by declaring that permit was not obtained for the unit to be held as place of worship. The Chief Minister statement gave effect to the contrary.

The demonstrator protested against the cross being displayed outside the Church and the Church, as reported by Malaysiakini had agreed to take it down (with much respect for the move taken by the Church). If the issue is viewed objectively, it is done with and further discussion is academic. Employing the analogy and term used in Court of law, consent judgment can be recorded! Thus, why it is still in the news?

TERJEMAHAN
Masyarakat umum berbicara mengenai Demonstrasi di Taman Medan yang tidak bersetuju salib diletakkan di luar bangunan Gereja. Dapat kita lihat berbagai pendapat diutarakan, ada yang menyokong pedemonstrasi dan ada yang menentang mereka. Gerakan politik turut tidak ketinggalan dalam memeriahkan isu ini. Ajaran sebenar Islam berkenaan pendekatan Islam terhadap agama lain dan sejarahnya turut dibahaskan oleh banyak pihak, sedikit dari mereka berkelayakan sedangkan sejumlah besar dari mereka tidak punya kelayakan. Pihak berkuasa tempatan turut menambah perasa dengan membuat kenyataan bahawa Gereja tersebut tidak mempunyai permit untuk menggunakan bangunan tersebut sebagai tempat ibadat. Menteri Besar pula memberi kenyataan yang mengakas hal itu.

Pedemonstrasi menunjukkan protes terhadap salib dipamerkan di luar Gereja dan pihak Gereja pula seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini telah bersetuju untuk menurunkan salib itu (penghormatan wajar diberikan kepada pihak Gereja di atas tindakan yang diambilnya). Jika isu itu dilihat secara objektif, ianya telah pun selesai dan sebarang perbincangan lanjut hanyalah bersifat akademik. Jika dikiaskan kepada situasi di dalam Mahkamah, Penghakiman Persetujuan sudah boleh direkodkan! Justeru mengapa hal ini masih di muka berita?

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.