Sebuah Pertemuan - Rahmat Dari Ilahi

Tuesday, March 18, 2014

Pada hari-hari aku yang suram
Di kala aku menagih dan mencari hiburan hati
Aku lihat cahaya tersuluh dalam kelam
Terbit dari puji-pujian ke atas Nabi

Ia permulaan yang terlalu mudah
Bagi sebuah perkenalan yang amat bererti
Aku disambut dengan mesra dan ramah
Sungguh aku terkesan, ia tak aku jangka sama sekali

Giliran bertukar, mereka pula datang ke mari
Ketibaan mereka aku sambut dengan berbesar hati
Mereka aku bawa menyelusuri bumi bertuah ini
Semoga terlunas hajat dan mereka jumpa apa yang dicari

Bermula dengan perihal dendangan yang menggamit hati
Yang menjelmakan semula saat indah menziarahi kekasih hati
Sentiasa aku ingatkan mereka usah sesekali berhenti
Semoga kelak dihimpun bersama-sama Nabi kita nanti.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI, DI LAIN HARI

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.