Titipan Buat Yang Serabut Kerana Orang

Tuesday, February 11, 2014

2 comments
Merungut dan merungut
Terkadang rasa takut
Sekian lama dipendam semilir kemarahan mula berpuput
Hati remuk redam fikiran sentiasa berserabut

Ke sana ke mari tapak kaki berjalan
Hingga hujung dunia masalah yang menimpa dihebahkan
Simpati orang dirayu, bercerita menagih pujukan
Ayuh mulakan dengan dia yang digelar kawan

Sudah menjadi suatu resmi
Tatkala susah dicari dan diagungkan sebagai kawan sejati
Masalah hilang susuk peribadi itu juga harus pergi
Harus terus pergi, semakin lama ada dia semakin tak disenangi                                      

Pokoknya bukan puji manusia yang harus dicari
Selain rahmat dan ganjaran dari Ilahi
Kecewa jangan,mengungkit usah walau sekali
Apa yang aneh perihal orang senang lupa diri

Lalu kenapa dengan segala keluhan dan penyesalan
Untuk peribadi yang laku dan lagaknya sebegitu
Dikenang-kenang sedikit pun tidak menguntungkan
Di sebalik semua itu, pasti disimpan Tuhan sesuatu.
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.