Menghitung Nikmat - Memori Tanah Haram

Tuesday, January 7, 2014

Adalah suatu fitrah untuk tidak merasa cukup dengan apa yang ada. Duit sebanyak mana pun tidak cukup. Orang berada belanja mengikut tolok orang berada, orang yang tidak berada ingin sesuatu yang setakuk lebih dari kemampuannya. Namun kunci untuk menambah apa yang kita antaranya dengan bersyukur. Andai kamu bersyukur nescaya akan aku tambah, kata Allah.

Melangut melihat apa yang tiada tak memberi aku apa-apa. Aku rasa elok aku imbas nikmat Allah yang telah aku rasa, yakni menziarahi dua Tanah Haram.

Pergi ke dua Tanah Haram
Ini adalah di antara sebesar-besar nikmat yang pernah aku rasa. Hari-hari berselawat ke atas Nabi dan akhirnya berdiri di hadapan makam Baginda. Malu ada, teruja pun ada, syahdu pun ada. Dapat berjalan di kawasan yang pernah Nabi SAW jalan, solat di tempat nabi pernah solat, bersemuka dengan gunung Uhud yang Nabi SAW pernah tengok. Nabi bersabda uhud mencintai kami dan kami mencintai Uhud. Oleh itu aku pun cinta pada bukit uhud. Sabda Baginda siapa yang solat jenazah mendapat satu qirat dan siapa yang mengiringi jenazah hingga ke kubur mendapat satu lagi qirat. Sahabat tanya apa itu qirat. Baginda bersabda - (satu) qirat itu sebesar Uhud. Lepas tengok Uhud, aku boleh bayangkan banyak mana ganjarannya. Besar kot gunung Uhud tu. Di Madinah juga ada raudhah. Nabi kata di antara rumah dan minbar Baginda adalah taman dari taman-taman syurga. Dah dapat merasa ke sana.

Di Mekah pula, masa solat subuh yang pertama di Masjidil Haram, imam baca Surah Quraisy. Apabila sampai ayat yang bermaksud, "maka sembahlah Tuhan rumah ini (kaabah)," meremang bulu roma aku. OK, wahyu tu memang turun dekat-dekat kawasan ini. Perasaan itu takkan dapat dirasa di tempat lain.

Kemudian aku dapat merasa solat di depan mizab (pancur emas). Ia di luar kawasan Hijir Ismail (masa solat fardhu, tak boleh solat dalam Hijir Ismail sebab Imam solat depan kaabah, manakala kawasan Hijir Ismail dikira berada di dalam Kaabah). Ia saf pertama di Masjidil Haram dan aku secara literal atau hakiki telah solat di saf pertama dalam dunia. Satu rekod peribadi buat aku. Haha.



Di Masjidil Haram, ada satu pintu yang aku tahu sejarahnya. Kaabah dibina semula sesudah banjir dan bangsawan Makkah bertelingkah berkenaan siapa yang patut meletakkan Hajarul Aswad. Mereka bersetuju untuk dihakimi oleh orang yang pertama melalui suatu pintu. Baginda SAW ialah orang pertama melalui pintu itu. Pada ketika itu Baginda belum diangkat menjadi Rasul. Pintu yang dilalui oleh Baginda itu namanya Pintu Bani Syaibah. Aku sempat ambil gambar walaupun pak arab yang jaga pintu itu marah.



Di Masjidil Haram, port melepak adalah melalui pintu 82. Entah kenapa tak ramai orang masuk melalui pintu itu. Mungkin orang ramai merasa selamat masuk ikut pintu King Abdul Aziz, sebab takut sesat. Port melepak itu pula tempat pelajar tahfiz Masjidil Haram menghafal Quran. Beberapa hari di situ, aku dan kawan-kawan aku perasan kelibat seorangs syeikh. Di hari-hari terakhir, dengan muka selamba kami jumpa syeikh itu dan minta dia semak bacaan Al Fatihah kami. Berdebar juga kalau dia tak sudi. Fuhh nasib baik dia sporting. Habis tasmik, dia bagi ceramah ringkas. Dua orang kawan aku terangguk-angguk, padahal bukan faham pun. Akhir sekali aku minta nak ambil gambar dengan syeikh, syeikh pula jawab kuat-kuat, "ana atasyarraf!!." Kalau tengok muka macam dia marah, tapi maksudnya kata-kata dia, "I am hono red." Lalu bergambar la dengan syeikh. Lepas itu rasa macam nak pergi jadi Imam kat Masjidil Haram itu.

Di Madinah dan Makkah, air zam zam free dan melimpah ruah banyaknya. Bukan setakat minum, cuci muka, amik wudhu semua aku dah buat.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.