Menghitung Nikmat - Memori Tanah Haram

Tuesday, January 7, 2014

0 comments
Adalah suatu fitrah untuk tidak merasa cukup dengan apa yang ada. Duit sebanyak mana pun tidak cukup. Orang berada belanja mengikut tolok orang berada, orang yang tidak berada ingin sesuatu yang setakuk lebih dari kemampuannya. Namun kunci untuk menambah apa yang kita antaranya dengan bersyukur. Andai kamu bersyukur nescaya akan aku tambah, kata Allah.

Melangut melihat apa yang tiada tak memberi aku apa-apa. Aku rasa elok aku imbas nikmat Allah yang telah aku rasa, yakni menziarahi dua Tanah Haram.

Pergi ke dua Tanah Haram
Ini adalah di antara sebesar-besar nikmat yang pernah aku rasa. Hari-hari berselawat ke atas Nabi dan akhirnya berdiri di hadapan makam Baginda. Malu ada, teruja pun ada, syahdu pun ada. Dapat berjalan di kawasan yang pernah Nabi SAW jalan, solat di tempat nabi pernah solat, bersemuka dengan gunung Uhud yang Nabi SAW pernah tengok. Nabi bersabda uhud mencintai kami dan kami mencintai Uhud. Oleh itu aku pun cinta pada bukit uhud. Sabda Baginda siapa yang solat jenazah mendapat satu qirat dan siapa yang mengiringi jenazah hingga ke kubur mendapat satu lagi qirat. Sahabat tanya apa itu qirat. Baginda bersabda - (satu) qirat itu sebesar Uhud. Lepas tengok Uhud, aku boleh bayangkan banyak mana ganjarannya. Besar kot gunung Uhud tu. Di Madinah juga ada raudhah. Nabi kata di antara rumah dan minbar Baginda adalah taman dari taman-taman syurga. Dah dapat merasa ke sana.

Di Mekah pula, masa solat subuh yang pertama di Masjidil Haram, imam baca Surah Quraisy. Apabila sampai ayat yang bermaksud, "maka sembahlah Tuhan rumah ini (kaabah)," meremang bulu roma aku. OK, wahyu tu memang turun dekat-dekat kawasan ini. Perasaan itu takkan dapat dirasa di tempat lain.

Kemudian aku dapat merasa solat di depan mizab (pancur emas). Ia di luar kawasan Hijir Ismail (masa solat fardhu, tak boleh solat dalam Hijir Ismail sebab Imam solat depan kaabah, manakala kawasan Hijir Ismail dikira berada di dalam Kaabah). Ia saf pertama di Masjidil Haram dan aku secara literal atau hakiki telah solat di saf pertama dalam dunia. Satu rekod peribadi buat aku. Haha.



Di Masjidil Haram, ada satu pintu yang aku tahu sejarahnya. Kaabah dibina semula sesudah banjir dan bangsawan Makkah bertelingkah berkenaan siapa yang patut meletakkan Hajarul Aswad. Mereka bersetuju untuk dihakimi oleh orang yang pertama melalui suatu pintu. Baginda SAW ialah orang pertama melalui pintu itu. Pada ketika itu Baginda belum diangkat menjadi Rasul. Pintu yang dilalui oleh Baginda itu namanya Pintu Bani Syaibah. Aku sempat ambil gambar walaupun pak arab yang jaga pintu itu marah.



Di Masjidil Haram, port melepak adalah melalui pintu 82. Entah kenapa tak ramai orang masuk melalui pintu itu. Mungkin orang ramai merasa selamat masuk ikut pintu King Abdul Aziz, sebab takut sesat. Port melepak itu pula tempat pelajar tahfiz Masjidil Haram menghafal Quran. Beberapa hari di situ, aku dan kawan-kawan aku perasan kelibat seorangs syeikh. Di hari-hari terakhir, dengan muka selamba kami jumpa syeikh itu dan minta dia semak bacaan Al Fatihah kami. Berdebar juga kalau dia tak sudi. Fuhh nasib baik dia sporting. Habis tasmik, dia bagi ceramah ringkas. Dua orang kawan aku terangguk-angguk, padahal bukan faham pun. Akhir sekali aku minta nak ambil gambar dengan syeikh, syeikh pula jawab kuat-kuat, "ana atasyarraf!!." Kalau tengok muka macam dia marah, tapi maksudnya kata-kata dia, "I am hono red." Lalu bergambar la dengan syeikh. Lepas itu rasa macam nak pergi jadi Imam kat Masjidil Haram itu.

Di Madinah dan Makkah, air zam zam free dan melimpah ruah banyaknya. Bukan setakat minum, cuci muka, amik wudhu semua aku dah buat.

Warkah Tahun Baru

Wednesday, January 1, 2014

0 comments



1. قد انفصلت منا سنة 2013. وقعت فيها كثير من الامور بإذن ربنا جل و علا، حلاوة منها و امتحانا.  

                      
2. في السنة السابقة حصلت على السفر إلى بعض بلدان. أولها الى بروناي ثم الى اندونيسا. و اقصاها الى الحرمين الشريفين. وما أحسن من زيارة الارض التي دفن فيها حبيبنا صلى إله عليه و سلم؟ و برحمة الله ايضا قمت أمام الكعبة المشرفة، جهّة وجحت وجحي كل يوم للذي فطر السموات والأرض.


3. ثم اعدت زيارتي الى بروناي و قابلواني آل بروناي بقبول حسن. فإن الاسفر يدرسني معنى الشكر. لا بدا علينا من النظر إلى هؤﻷ الذي أسفل منا. على سبيل المثال، وجدت في اندونسيا وكذلك في مكة و في المدينة كثير من الناس يحرص على حصول الطعام والشرب  لاستمرار الحياة. و شفت الى نفسي و ما انعم الله اليّ. هذا من فضل ربي. اللّهم أعني على ذكرك و شكرك و حسن عبادتك.


4. و في سنة 2013 ايضا انتقلت من فترجايا إلى كوانتان. كيانه مثل قوله تبارك و تعالى -


عسى ان تكرهوا شيأ وهو خير لكم و عسى ان تحبوا شيأ وهو شر لكم


5. وقد اصابني شدة الحزن بافتراق من احبأي يعقوب و سفرالدين. يعقوب مثل ولد اليّ. عرفته في عهد جامعي. هو ينتهي الدراسة و نحن نستعد لامور تزويجها. واما سفرالدين اقرب الناس إليّ بعد يعقوب. لنا الأمل في تحسين نظام القضاء. ما علمت من مصيبة اصابته إلا آلمني  بمجرد علمبها. هما قريبان الى فؤادي. والله أني احبهما حبا جما، لكن لا استطيع  ان ادوم على دفاع كثرة الهم والحزن من قبل ايديهما. كفى لهما مني الدعأ. وفق اللهم لهما و آل هما.


6. أما في امر التزوج، الله الباري أعلم به و افوّض ذلك الامر اليه.


7. و بعد رجوع من العمرة قد عزمت على إتمام حفظ سورة البقرة قبل مجيئة عام جديد لكني لا يحصل إلا جزأ واحداّ. على كل حال الحمد لله.


8. خلاصة، اشكر الله تبارك و تعالى على نعمه و على ما قد اصابني من مصيبة. اشهدك ربي أنّني قد رضيت. و لا يخفى منك ذنوبي فاغفرلي يا ربي. وأني اشتقت الحبيب المصطفى و الأرض التي شرّفك بجسده . أرجو أن ازور اليها مرة ثانية، عمرةً و حجاً في عام مستبل 2014.


9. اللّهم آت نفسي تقواها وزكها انت خير من زكاها انت وليها و مولاها.

10. و لما مضى-


ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طآقة لنا به واعف عنا واغفرلنا وارحمنا انت مولانا فانصرنا علي القوم الكافرين

(TERJEMAHAN)

1. Tahun 2013 telahpun meninggalkan kita. Banyak perkara berlaku dengan izin Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, ada yang manis dan ada juga ujian.


2. Pada tahun lepas aku telah berpeluang melancong ke beberapa negara. Negara yang pertama ialah Brunei kemudian ke Indonesia. Sesudah itu yang paling jauh yakni ke dua Tanah Haram. Tiada yang lebih indah daripada menziarahi bumi yang padanya terpelihara jasad kekasih hati SAW. Dengan rahmat Allah jua dapat aku berdiri di hadapan Kaabah yang mulia, ke arahnya saban hari aku hadapkan wajahku demi Tuhan yang mengatur sekalian langit dan bumi.


3. Kemudian aku mengulangi sekali lagi perjalanan ke Brunei dan warganya menyambut aku dengan baik sekali. Sesungguhnya perjalanan-perjalanan itu mengajar aku erti bersyukur. Seharusnya kita melihat mereka yang kurang bernasib baik berbanding kita. Aku datangkan contoh apa yang aku lihat di Indonesia,Makkah dan Madinah, di sana ramai manusia yang berjuang untuk makan dan minum serta meneruskan kehidupan. Aku lihat kembali diriku dan segala kurnia Allah buatku, semua itu daripada kebaikan dari Tuhanku. (doa) Ya Allah bantulah aku dalam mengingatimu, bersyukur kepadamu dan memperelokkan ibadat kepadaMu.

4. Tahun 2013 juga telah menyaksikan perpindahanku dari Putrajaya ke Kuantan. Hakikat perpindahan itu adalah seperti mafhum firmah Allah:

Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik buat kamu dan apa yang kamu sukai itu buruk untuk kamu

5. (Tidak berhasrat untuk diterjemahkan)

6. (Tidak berhasrat untuk diterjemahkan)

7. (Tidak berhasrat untuk diterjemahkan)

8. Sebagai penutup, aku bersyukur ke hadrat Allah Tabaraka Wa Taala atas segala nikmatnya dan atas segala ujian yang ditimpa buatku. Saksikan wahai Tuhanku bahawa aku redha atas segala ketetapanmu. Tidak luput sedikit pun dariMu sekalian dosa-dosaku, maka aku tagih keampunanMu wahai TuhanKu. Sesungguhnya aku sering rindu kepada Sang Kekasih yang terpilih SAW dan bumi yang menyimpan jasad mulia itu. Ku mohon agar dapat aku menziarahinya sekali lagi bagi menunaikan umrah dan haji pada tahun mendatang 2014.

9. Ya Allah letakkan pada hati ini taqwanya, sucikan ia sesungguhnya engkau sebaik-baik yang menyucikannya. Engkau juga tuan dan pelindungnya.

10. Buat segala yang telah lalu (aku berdoa):

Wahai Tuhan kami, jangan Engkau Hukum kami andai kami terlupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami, usah bebankan kami dengan bebanan sepertimana yang telah engkau pikulkan ke atas mereka yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami, jangan engkau bebankan kami dengan bebanan yang tidak mampu kami menanggungnya. Kasihanilah kami, ampunkan kami dan rahmatilah kami. Engkau jua pelindung kami, menangkan kami ke atas kaum yang kufur.



Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.