Woody By Arabian Oud

Thursday, September 5, 2013

Oud merujuk kepada wangian yang dihasilkan dari pati yang diperolehi dari kayu gaharu. Baunya kuat dan orang selalu menggelarnya bau arab. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Baginda SAW ada bersabda:-
“Rawatilah dirimu dengan oud hindi (gaharu India), kerana padanya penyembuh tujuh penyakit..."
Adapun aku mula-mula kenal dengan oud sewaktu menghadiri majlis pembacaan Sahih Bukhari di Darul Maliki, Ampang yang dianjurkan oleh Syeikh Dato' Fuad Kamaluddin. Oleh kerana baginda SAW suka, aku pun berhasrat untuk suka.

Sewaktu di Madinah, aku ada membeli Oud dengan harga 25riyal bagi 3ml. Aku jatuh cinta dengan baunya, namun oleh kerana harganya murah, kepekatan dan ketahanannya tidak lama. Sekembali ke tanah air, aku beli lagi 3ml Oud Cambodia di Arabian Oud, KLCC. Harganya RM100. Namun agak mengecewakan kerana baunya juga kurang tahan.

Kemudian aku ke Arabian Oud di Sunway Pyramid. Aku mencuba bau-bau perfume yang sudah di adun pula. Aku terpikat dengan "Woody." Bau oudnya tidak terlalu kuat dan manis-manis dihujungnya. Perfume itu merupakan EDP, maka baunya tahan lama. Botol perfume diletakkan di dalam kotak yang diperbuat dari kayu. Aku baca di internet, ianya kayu gaharu. Allah jua lebih mengetahui. Pokoknya, kotak ia cantik.
Woody by Arabian Oud

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.