Syafaat Seorang Kawan

Tuesday, May 21, 2013

0 comments
Sesungguhnya ahli syurga apabila mereka masuk ke syurga dan mendapati sahabat yang dahulunya bersama mereka di dunia berbuat kebaikan tiada di situ, maka mereka bertanya kepada Allah, "Wahai tuhan, kami dahulu mempunyai sahabat yang solat dan puasa bersama-sama kami, namun kami tidak nampak mereka di sini"

Maka Allah berfirman "Pergilah kamu ke neraka dan keluarkan siapa yang kamu kenali dan terdapat dalam hatinya iman sebesar zarrah."

Telah berkata Hasan al Basri rahimahullah, "Perbanyakkan kawan-kawan yang beriman, sesungguhnya bagi mereka itu syafaat di hari kiamat."

Kawan yang sempurna- dia yang berjalan bersama kamu hingga ke syurga.

Ibn Qayyim Al Jauziah pernah berkata, "Jika kamu masuk ke syurga dan tidak berjumpa aku di sana, bertanyalah mengenai aku dan katakan- Wahai tuhan kami, hambamu si fulan pernah mengingatkan kami untuk .mengingatimu." Sesudah itu, dia (Ibn Qayyim) kemudiannya menangis. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang luas.

Maka aku memohon andai kamu semua tidak mendapati aku bersama kalanganmu di syurga, bertanyalah mengenai aku, mudah-mudahan pernah aku mengingatkan kamu kepada Allah walaupun sekali sahaja.

Allahumma, kami memohon rakan-rakan yang baik, yang membantu aku dalam mengingatimu.
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.