Juara Lagu di hatiku

Monday, January 7, 2013

6 Januari 2013 berlangsung Anugerah Juara Lagu 2012. Aku tidak tertarik hati untuk mengikuti anugerah tersebut. Ada yang mengatakan mutunya muzik di Malaysia masih rendah. Aku sendiri tidak pasti. Mungkin kerna aku tidak minat, semua komen aku bakal bersifat negatif. Contoh komen negatif aku, di majlis-majlis sebegitu, susuk tubuh ditayangkan dengan tidak selayaknya. Di majlis-majlis sebegitu juga, artis-artis seperti dikecualikan dari tatasusila moral dan hukum keagamaan. Artis-artis juga bebas bercakap apa sahaja yang mereka suka, dan sekiranya silap, mereka akan dimaafkan kerana mereka hanya artis. Aku bukanlah baik sangat. Namun baru-baru ini aku terbaca kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Ianya sedikit sebanyak menginsafkan. Kata beliau yang membawa maksud lebih kurang "Orang yang di dalam kubur tu kalau diberi peluang, sanggup bangun sekejap untuk sujud. Kita yang hidup ni tak nak sujud."

Sungguhpun begitu, masih ada muzik tempatan dan muzik antarabangsa yang aku ikuti. Antara lagu yang aku suka, "Good Enough", dendangan Darren Hayes. Lebih baik dari yang terbaik adalah cukup baik. Haha.

Arakian, baru-baru ini aku terjumpa suatu klip di Youtube. Sekumpulan anak muda mendendangkan Qasidah Ya Hadi. Subhanallah, indah sungguh dendangan mereka itu. Qasidah tersebut indah, kerana yang dikisahkan tidak lain dan tidak bukan adalah kekasih hati, ke atasNya selawat dan salam. Cinta itu benar-benar buta kerana yang dirindukan itu peribadi  yang tidak pernah aku bersua. Hanya setakat mendengar nama dan kisah-kisahnya sahaja. Aku menyanjungi mereka yang dapat melahirkan cinta yang serupa di dalam kata-kata, mudah-mudahan dapat aku menumpang rindu dalam kata-kata mereka itu.

Anak-anak muda itu penuntut sekolah menengah di Brunei. Mereka menggelarkan diri mereka "Firqah An-Naghom". An-naghom membawa maksud irama. Ekspresi anak muda dalam mengalunkan qasidah ini aku kagumi, seakan-akan mereka faham maksud qasidah itu. Allahumma, semoga anak-anak muda tersebut diberkati dan semoga kegiatan sebegini mendapat tempat dalam jiwa anak-anak muda di negara ini. Mereka ini Juara Lagu di hatiku. Di bawahnya lirik yang diambil dari facebook mereka (dengan sedikit modifikasi mengikut pemahaman aku)




يَا حَا دِى سِر رُوَيدًا

يَا حَا دِى سِر رُوَيدًا
   Wahai pemandu rombongan bawalah perlahan-lahan  
وَانشُد اَمَامَ الرَّكبِ
Dan menyanyilah di hadapan mereka yang ikut serta
فِى رَكبِ لِى عُرَيبٌ
Pada rombongan ada seorang yang ku cinta
   اَخَذُوا مَعَهُم قَلبِى 
Mereka membawa bersama buah hatiku
مَن لِى اِذَا اَخَذُوا لِى قَلبِى
Siapakah tinggal yang untukku, jika mereka membawa pergi kekasihku


سَتَتُو نِى فِى البَوَادِى
Rombongan itu membuat aku keluh kesah 
     اَخَذُوا مِنِّى فُؤَادِى
Kerana mereka membawa pergi buah hatiku
مَن لِى اِذَا اَخَذُوا لِى قَلبِى
Siapakah yang tinggal untukku, jika mereka membawa pergi kekasihku


فَنحُ يَا حُوَيدَ العِيسِ
Maka berhentilah wahai pemandu kekasih
     وَاَنزِل طَيبَةً بِالتَّقـدِ يسِ
Dan singgahlah di Madinah dalam keadaan penuh suci 
تُحظَى المُنَى بِنَيلِ القُر بِ
Mudah-mudahab tercapai cita-cita untuk hampir kepada Nabi

رِفقًا رِفقًا بِى يَاحَا دِى
Kasihanilah aku wahai pemandu
     رِفقًا رِفقًا بِفُؤَا دِى
kasihanilah hatiku yang rindu
مَن لِى اِذَا اَخَذُوا لِى قَلبِى
Siapalah yang tinggal untukku, jika mereka membawa pergi kekasihku


وَتَاَ دَّب فِى حِمَا هُم    
Peliharalah gerak laku tatkala di kawasan mereka (Madinah)
لاَوَلاَ تَعشَق سِوَا هُم
Dan usah sesekali merindu melainkan kepada mereka itu
فَهُمُ,هُمُ الشِّفَا لقَلبِى
Adapun mereka itu, mereka itu pengubat buat jiwa laraku

يَااِلهِى يَا مُجِيبُ
Wahai Tuhan yang menerima doa
     فَبِطَيبَةَ لِى حَبِيبُ
Bagiku di Madinah seorang kekasih
اَرجُو يَشفَعُ لِى مِن ذَ نبِى
Aku mengharap dengan syafaatnya terhapus sekalian dosaku

لَا إِلَهَ إِلاَّ اللَّه
Tiada tuhan melainkan Allah
وَاحِدٌ جَلَّ عُلاَهُ
Yang Maha Esa Yang Agung ketinggianNya
مَعْبُود بِاللَّيلِ وَالنَّهَارِ
Yang disembah pada malam dan siang

1 comments :

firqatunnaghom said...

terima kasih saudara~ :)

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.