Tuhan Yang Maha Mengampunkan Dosa

Thursday, December 27, 2012


Dari Abu Hurairah RA,bahawa Rasulullah SAW bercerita perihal Tuhannya Azza Wa Jalla yang berfirman- Seorang hamba (Allah) telah telah melakukan suatu dosa, lalu dia berkata "Ya Allah, ampuni dosa aku". Maka berfirman Allah tabaraka wa taala - "HambaKu telah berdosa dan dia mengetahui bahawasanya baginya Tuhan yang (berkuasa) mengampunkan dosa dan menghukum dengan dosa itu". 

Sesudah itu dia kembali berbuat dosa lagi lalu dia berkata "Ya Allah ampuni dosaku". Maka berfirman Allah tabaraka wa taala - "HambaKu telah berdosa dan dia mengetahui bahawasanya baginya Tuhan yang (berkuasa) mengampunkan dosa dan menghukum dengan dosa itu". 

Sesudah itu dia kembali berbuat dosa lagi lalu dia berkata "Ya Allah ampuni dosaku". Maka berfirman Allah tabaraka wa taala - "HambaKu telah berdosa dan dia mengetahui bahawasanya baginya Tuhan yang (berkuasa) mengampunkan dosa dan menghukum dengan dosa itu". Firmannya lagi "Berbuatlah apa yang kamu mahu, maka sesungguhnya telah aku mengampunkan kamu." (Hadith Riwayat Muslim)

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.