Action Speaks Louder Than Words

Monday, October 29, 2012

0 comments
Action speaks louder than words, no matter how it is explained.
Dishonesty, lie and deceit, these cause corrosion of trust, loyalty and hope.
It all will be recompensed accordingly, and maybe the time has come.
So hear me.

Aku Bukan Baik

Friday, October 19, 2012

1 comments
Aku bukan insan yang baik. Aku penuh kekurangan dan ketidak sempurnaan. Adakalanya aku malu untuk bercakap mengenai kebaikan, dek diri aku yang tidak begitu sempurna. Walaupun begitu, aku tetap berharap untuk menjadi lebih baik. Tiada yang lebih menenangkan hati melainkan berada di dalam kebaikan.

Buat mereka yang pernah aku sebut di hadapan mereka itu perihal kebaikan, aku hanya berharap agar kita sama-sama menjadi insan yang lebih baik. Aku tidak maksudkan engkau bergelumang dengan kemungkaran, tidak juga aku mendakwa aku berada di makam kemuliaan. Namun aku anjurkan juga untuk berbuat baik, semoga bersama-sama kita dapat merasa kemanisan iman, di dalam kontinum kebaikan yang menenangkan.

Perkara kebaikan yang kadangkala aku sebut, ianya bukan sebab aku pernah buat. Sejujurnya, aku malu untuk mengajak kepada kebaikan. Aku sendiri selalu tersalah dan lupa. Namun, buat insan yang dekat dengan aku, aku tuturkan juga, moga dapat mengingatkan aku bila aku tersasar dan alpa.

Ketahuilah, aku sememangnya sedih dan pedih melihat mereka yang dekat di hati membuat laku yang tak selayaknya. Aku tahu setiap insan ada pilihan, dan aku sama sekali tidak layak memaksa. Namun aku percaya kekuasaan Allah telah puas dirasa, lalu petunjuk bagaimana lagi yang engkau mahu untuk engkau beriman dan percaya.

Nak di tegur, masing-masing sudah dewasa dan sempurna akal fikirannya. Di saat begini, aku lemah dan kesal kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Justeru aku berdoa dan aku tinggalkan peribadi itu kepada Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, peliharalah dia. Jauhkan kemurkaanMu darinya. Doaku seperti doa Nabi Ibrahim, "Jadikan kami dari mereka yang mendirikan solat dan juga dari zuriat kami, terimalah doa kami. Jadikan kami dari golongan orang-orang Islam dan juga anak cucu kami serta tunjukkan manasik (haji) dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani."

Sungguh aku berharap setiap persaudaraan aku kekal hingga ke syurga. Kerana itu aku peduli, dan sebab itu juga aku sedih dan hati aku terasa pedih. Aku tulis juga walaupun engkau tidak membaca. Mungkin engkau singgah kelak bila aku sudah tiada. Juga, aku menulis kerana kita saudara.
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.