Semilir ramadhan

Thursday, July 26, 2012

Beberapa jam menjelang ramadhan, dah terasa auranya. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, ramadhan dengan pastinya sudah datang bertamu. Umat Islam menyambutnya dengan solat terawih. Alhamdulillah.

Keberkatan ramadhan itu terdapat pada setiap saat bulan yang mulia itu. Padanya juga terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga dapat bertemu dengan malam itu. Amin.

Baru hari kelima ramadhan, namun sudah terasa yang ramadhan akan berlalu pergi. Semoga diri ini beroleh keberkatan dan kebaikan yang terdapat pada ramadhan. Ya Allah, jadikan ramadhan kali ini sebaik-sebaik ramadhan yang pernah aku lalui setakat ini. Kurniakan pada diri ini hikmah dan barakah, serta taufiq dan hidayah dalam menjalani sisa umurku selaku hambaMu. Jadikan diri ini dari mereka yang untung di dunia dan di sana.

Salam ramadhan. Ramadhan Kareem.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.