Bila azan berkumandang...(di pagi ramadhan)

Monday, July 30, 2012

Mata terkebil-kebil di malam hari. Minit demi minit, masih belum terlelap. Tak sedar pun pukul berapa baru terlelap.

Jam loceng berbunyi...tak mengapa, sebentar lagi akan berbunyi lagi. Bila sekali lagi berbunyi, iramanya serentak dengan berkumandangnya azan subuh. 

Tiada sahur untuk hari ini. Tiada beroleh berkat, sabda Nabi "Pada sahur itu keberkatan".

Selamat berpuasa. Hari ke 11.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.