Berkata benar

Tuesday, July 31, 2012

Rasa bersalah. Semalam seseorang bertanyakan sesuatu dan aku menjawab dengan jawapan yang tidak benar. Tidak ada apa yang hendak di sembunyi. Tiada aib yang hendak di tutup dan tiada pekung yang hendak di sorok. Aku juga pelik kenapa jawapan spontan itu sesuatu yang tidak benar. Semoga Allah mengampuni dosa aku serta mohon dijauhkan diri ini dari sifat nifaq itu.
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga, apabila berbicara, dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi kepercayaan (amanah) dia khianat. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.