Berkata benar

Tuesday, July 31, 2012

0 comments
Rasa bersalah. Semalam seseorang bertanyakan sesuatu dan aku menjawab dengan jawapan yang tidak benar. Tidak ada apa yang hendak di sembunyi. Tiada aib yang hendak di tutup dan tiada pekung yang hendak di sorok. Aku juga pelik kenapa jawapan spontan itu sesuatu yang tidak benar. Semoga Allah mengampuni dosa aku serta mohon dijauhkan diri ini dari sifat nifaq itu.
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga, apabila berbicara, dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi kepercayaan (amanah) dia khianat. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila azan berkumandang...(di pagi ramadhan)

Monday, July 30, 2012

0 comments
Mata terkebil-kebil di malam hari. Minit demi minit, masih belum terlelap. Tak sedar pun pukul berapa baru terlelap.

Jam loceng berbunyi...tak mengapa, sebentar lagi akan berbunyi lagi. Bila sekali lagi berbunyi, iramanya serentak dengan berkumandangnya azan subuh. 

Tiada sahur untuk hari ini. Tiada beroleh berkat, sabda Nabi "Pada sahur itu keberkatan".

Selamat berpuasa. Hari ke 11.

Semilir ramadhan

Thursday, July 26, 2012

0 comments
Beberapa jam menjelang ramadhan, dah terasa auranya. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, ramadhan dengan pastinya sudah datang bertamu. Umat Islam menyambutnya dengan solat terawih. Alhamdulillah.

Keberkatan ramadhan itu terdapat pada setiap saat bulan yang mulia itu. Padanya juga terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga dapat bertemu dengan malam itu. Amin.

Baru hari kelima ramadhan, namun sudah terasa yang ramadhan akan berlalu pergi. Semoga diri ini beroleh keberkatan dan kebaikan yang terdapat pada ramadhan. Ya Allah, jadikan ramadhan kali ini sebaik-sebaik ramadhan yang pernah aku lalui setakat ini. Kurniakan pada diri ini hikmah dan barakah, serta taufiq dan hidayah dalam menjalani sisa umurku selaku hambaMu. Jadikan diri ini dari mereka yang untung di dunia dan di sana.

Salam ramadhan. Ramadhan Kareem.

Lets lose it

Monday, July 9, 2012

0 comments
What used to be sweet is now sour
What used to make me smile now not any longer
What used to make me happy it's now terrible
What used to be comfortable now becomes awkward

The presence embraces detestation
Thought, full of dissatisfaction
Words, misunderstood and of confusion
Expression, phony and fraudulent

Being happy back, how I wish
They joy of the past, now out of reach
To pretend is tough and full of risk
But for some, that is how they live

Maybe, it's time
Lets lose it.

Monolog II

Saturday, July 7, 2012

0 comments
Langit tidak selalu cerah. Namun mendungnya kerapkali mengingatkan diri kepada Zat yang menurunkan hujan, dan seperti mana lazimnya mendung itu disusuli hujan. Pada hujan itu sendiri pasti ada rahmat.

Hari esok masih di alam ghaib, tidak diketahui apa yang akan terjadi. Wilayah kemanusiaan hanya untuk berusaha dan berdoa, wilayah penentuan di genggaman Yang Maha Esa.

Setiap jiwa itu baginya apa yang diusahakan dan juga menanggung akibat apa yang dilakukannya. 

Barangkali yang dibenci itu sesuatu yang baik, boleh jadi juga yang disukai itu sesuatu yang tidak baik.

Apakah balasan bagi perbuatan baik melainkan yang baik juga, dan balasan bagi yang buruk itu sesuatu yang buruk seumpamanya.

Tidak ada jiwa yang mampu memberi petunjuk kepada insan yang mereka mahu, kerana pemilikan petunjuk itu tunggal, yakni - milik Dia.

Tidak dibebankan mana-mana jiwa dengan yang tidak termampu ditanggungnya.

Oh Tuhan, jelaskan pada perkara yang meruntunkan dengan penjelasan yang menenangkan, semoga beroleh diri seperti sabda Saidina Ibrahim A.S - agar tenang hatiku.

"Katakanlah - Wahai Raja bagi sekalian kerajaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau cabut kekuasaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki, di sisiMu segala kebaikan, Sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"

Maha suci TuhanMu, Tuhan yang memiliki sekalian kemuliaan, dari segala yang disifatkan (musuhNya). Dan ucapan salam ke atas sekalian pesuruhNya, dan segala pujian yang tertentu hanya bagi Allah, pentadbir sekalian alam.
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.