Berita Kematian

Tuesday, June 19, 2012

Dalam dua minggu ini, aku menerima 4 berita kematian. Berita pertama pemergian anakanda kepada Dr Said Bouhraoua, Pensyarah yang dikasihi di UIA dahulu. Allahyarham Sana Bouhraoua dikhabarkan menghidap luekimia.

Berita kedua pemergiaan bonda kepada saudara Mohd Nazrul Hazeri Nazirmuddin. Pemergian ketiga, bonda kepada warga pejabat. Aku berpeluang menziarahi jenazah Allahyarham. Pemergian keempat, seorang pegawai undang-undang, Tn Zairan.

Berita pemergian Tn Zairan disampaikan melalui email, lalu ramai yang membalas, menceritakan perihal Allahyarham yang baik dan gemar menolong.

Manusia yang pernah hidup disamping mereka merupakan saksi Allah di muka bumi. Semoga kesemua mereka ditempatkan di sebaik-baik tempat di sana, dijauhkan dari azab kubur dan segala fitnahnya, juga semoga diampunkan segala dosa mereka. Semoga diampunkan juga dosa-dosaku. Allahumma Amin. Innalillah Wa Inna Ilaihi Rajiun.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.