The prayer He sent

Sunday, June 24, 2012

0 comments
On no soul doth Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns and it suffers every ill that it earns. (Pray):
"Our Lord! condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden like that which Thou didst lay on those before us; Our Lord! lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; help us against those who stand against faith." (Surah Al-baqarah: 286)


Allahumma Amin.

Berita Kematian

Tuesday, June 19, 2012

0 comments
Dalam dua minggu ini, aku menerima 4 berita kematian. Berita pertama pemergian anakanda kepada Dr Said Bouhraoua, Pensyarah yang dikasihi di UIA dahulu. Allahyarham Sana Bouhraoua dikhabarkan menghidap luekimia.

Berita kedua pemergiaan bonda kepada saudara Mohd Nazrul Hazeri Nazirmuddin. Pemergian ketiga, bonda kepada warga pejabat. Aku berpeluang menziarahi jenazah Allahyarham. Pemergian keempat, seorang pegawai undang-undang, Tn Zairan.

Berita pemergian Tn Zairan disampaikan melalui email, lalu ramai yang membalas, menceritakan perihal Allahyarham yang baik dan gemar menolong.

Manusia yang pernah hidup disamping mereka merupakan saksi Allah di muka bumi. Semoga kesemua mereka ditempatkan di sebaik-baik tempat di sana, dijauhkan dari azab kubur dan segala fitnahnya, juga semoga diampunkan segala dosa mereka. Semoga diampunkan juga dosa-dosaku. Allahumma Amin. Innalillah Wa Inna Ilaihi Rajiun.

Keluh Orang Asal

Friday, June 15, 2012

1 comments
Bunyi angin menderu kedengaran jelas sekali
Terdengar juga kuman berbunyi
Degup jantung jua dapat dirasai
Begitulah keadaannya... sunyi 

Mungkin yang mengatur langkah, langkahnya tersilap
Boleh jadi jua yang tercuit terlalu lekas tersentap
Yang melangkah silap atau yang tercuit silap
Usah dikenang, tak perlu dijawab

Yang tercuit rasa perlu disapa
Meski tahu yang melangkah tak kurang pedihnya
Namun lesu badan, nak bermula tiada daya
Salam tidak disambut, bertimpa-timpa kelak pedihnya

Resam manusia, ada yang terhiris, ada yang terluka
Walaupun pedih, rasanya sebentar sahaja
Nelayan ditusuk kail, esok kembali mengail jua
Tak serik walau sakit, alah bisa tegar biasa

Sesal terbuku di dada
Namun yang berlalu nak diubah tiada upaya
Ingat, walau sunyi tak bersuara
Risau, masih... seperti biasa

Kalau setakat di situ, di situlah
Adat orang asal, tahu-tahulah membawa diri
Syukur kerana sudi menumpangkan tuah
Perit luka, biarlah ditanggung sendiri.

Andai terhirup bayu lautan
Tusuknya pasti dalam di ulu hati
Jika perlu, seru, usah sesekali segan
Walaupun nyawa galang gantinya, nescaya akan diberi.

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.