Berpesan-pesan

Tuesday, May 29, 2012

Baru-baru ini aku berjumpa dengan seorang sahabat dan sepertimana biasa, mengundang sembang yang panjang. Antara ceritanya, pertemuan beliau dengan seorang yang berhasrat untuk menyampaikan dakwah, sesudah beliau menunaikan solat asar di suatu hari.

Yang menarik hati, dalam pertemuan dengan pendakwah itu, sahabat ini berharap supaya yang mendakwah itu juga akan dapat belajar sesuatu darinya. Tamat cerita sahabat dan pendakwah.

Lalu kami bercerita kisah-kisah lain. Lalu di dalam sembang itu, sahabat ini ungkapkan perkataan yang begitu cliche - mesti ada sebab Tuhan letak kita dalam sesuatu situasi, yang mungkin kita tidak selesa.

Sahabat itu menambah lagi, kalau asyik fikirkan situasi yang malang itu sahaja sememangnya kita akan runsing. Realiti yang merunsingkan itu takkan berubah atau hilang sekelip mata. Yang betulnya, cuba fikirkan bahawa mesti ada sebabnya Tuhan letak kita di dalam keadaan yang kita kurang senangi itu. 

Aku terdiam. Tidak ku sangka perkataan penuh hikmah itu keluar dari mulut sahabatku itu. Benarlah dia, aku juga belajar sesuatu darinya.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr: 1-3)

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.