F I T N A H

Thursday, March 8, 2012

PROLOGUE
Fitnah ialah perkataan arab yang dimelayukan. Namun, penggunaan fitnah di dalam bahasa Melayu membawa makna yang berbeza dari penggunnannya di dalam bahasa asalnya. Orang Melayu menggambarkan fitnah itu sebagai mengada-adakan cerita bagi tujuan memburuk-burukkan seseorang. Dengan pemahaman makna yang tersebut, maka ayat 191, Surah Al-Baqarah yang menyebut وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ (dan fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh) sering diungkapkan bagi menunjukkan keburukan mengada-adakan cerita dengan tujuan memburukkan seseorang.

Imam At-Tobari di dalam Tafsirnya menyebut fitnah itu membawa makna "cubaan dan pengujian". Beliau juga menyebut beberapa riwayat yang mentafsirkan Surah Al-Baqarah: 191 bahawa makna fitnah di dalam ayat itu sebagai "kembalinya seorang mukmin kepada menyembah berhala adalah lebih teruk dari membunuh", "syirik itu lebih teruk dari membunuh", Pendapat yang serupa dinaqalkan juga oleh empunya Tafsir Ibnu Kathir dan empunya Tafsir Ibnu Abi Hatim.

"Takutilah fitnah yang tidak hanya akan mengenai orang-orang yang zalim di kalangan kamu sahaja." (Surah Al-Anfal:25)

DAN AKU KATAKAN...
1. Walaupun perbuatan membuat cerita bagi memburukkan orang  itu terkutuk, namun mendalilkan Surah Al-Baqarah:191 bagi menguatkan hujah adalah sesuatu yang tidak kena dan di luar konteks.

2. Perbuatan zalim mengundang fitnah yang akan diturunkan Allah dan fitnah (cubaan) itu terangkum juga ke atas orang-orang yang hampir dengan mereka yang zalim. Oleh itu, adalah baik untuk kita menjauhi orang-orang yang zalim (dengan tangan atau lidahnya) supaya tidak difitnah dengan mehnah dari sisi Allah.

Chow...

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.