Pembukaan Tahun Perundangan (The Opening of Legal Year) 2012

Wednesday, January 25, 2012

Pembukaan Tahun Perundangan Malaysia 2012 (The Opening of Legal Year) mengambil tempat pada 14 Januari 2012. Sebelum ini hanya Sabah dan Sarawak sahaja yang melangsungkan majlis ini. Namun pada 2010, Yang Amat Arif (Y.A.A) Ketua Hakim Negara Malaysia telah menghidupkan semula tradisi ini di semenanjung Malaysia, yang akan dilangsungkan pada hari Sabtu pertama Januari setiap tahun.


Tradisi ini berasal dari England, di mana Hakim-hakim akan berarak dari  Temple Bar ke Westminster Abbey, dimulakan dengan ritual keagamaan, ucapan Lord Chancellor dan diikuti dengan "breakfast reception" yang dihoskan oleh Lord Chancellor. Tapi di England, pembukaan tahun perundangan dilakukan pada bulan Oktober (mungkin sebab taknak berebut dengan majlis-majlis lain kot pada bulan Januari) Tradisi ini kemudian diamalkan di negara-negara Komanwel seluruh dunia, seperti Hong Kong, Singapura, Bahamas dan Australia.

video
Hakim-Hakim di England - klip dari itnsource.com

Majlis ini dihadiri oleh Hakim-hakim, Pegawai-pegawai Perundangan dan Kehakiman serta peguam-peguam. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Hakim negara-negara jiran, seperti Singapura, Indonesia dan Brunei, dif-dif kehormat seperti Ketua Polis Negara, Dekan-dekan Fakulti Undang-undang dan Duta-duta negara asing.

Majlis bermula dengan perarakan masuk peguam-peguam, diikuti dengan Pegawai-pegawai Kehakiman, Pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara, Pendaftar-Pendaftar Mahkamah Atasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia bersama-sama dengan Presiden Advocates Association of Sarawak dan Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, kemudian diikuti dengan Y.Bhg Peguam Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan yang terakhir - Ketua Hakim Negara. (huh, penat nak ingat sape masuk dulu, sape masuk kemudian)

Semua Hakim akan mengenakan pakaian istiadat (sangat cool dan macho ok!), manakala pegawai-pegawai Kehakiman dan Perundangan serta peguam-peguam akan mengenakan pakaian sepertimana di dalam Mahkamah Terbuka. (pakaian bila masuk Mahkamah).
Dari kiri - YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Sabah & Sarawak, YAA Ketua Hakim Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri James Foong Cheng Yuen, YA Dato' Bentara Luar Dato' Hashim.
- website kehakiman.gov.my-

Sesudah YAA Ketua Hakim Negara mengambil tempat, majlis pun bermula. Majlis ini berjalan sepertimana prosiding Mahkamah Terbuka (open court). YAA Ketua Hakim Negara akan menjemput Presiden Majlis Peguam untuk berucap, diikuti dengan Y.Bhg Peguam Negara dan yang terakhir, ucapan oleh YAA Ketua Hakim Negara sendiri.

Di atas inisiatif Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa, Mahkamah Persekutuan Malaysia, sudut mengambil gambar ala-ala red carpet telah diwujudkan. Gambar diambil dan siap pada ketika itu juga dengan bayaran RM10 (saploh hengget je). Maka dengan segan silunya pegi ambil gambar, dan pasal malu nak bergambar sorang-sorang, lalu diajak la ramai-ramai ambil gambar.

dengan rakan-rakan yang bijaksana
SEKIAN

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.