Aktiviti Masa Lapang

Friday, January 27, 2012

1 comments
Duduk rumah sorang-sorang tak lah begitu membosankan jika ade aktiviti nak dibuat. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
NO 1

MEMASAK
Di atas adalah menu ringkas yang boleh dipraktikkan tatkala ingin makan tapi sedikit malas. 

No 1 : Nasi - 2 sudu minyak sapi, tumis bawang besar 1 labu, bawang putih 3 ketul, halia 4 cm, 1 kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, 1 bunga cengkih, 1 bunga lawang. Nak senang beli je perencah sup tulang adabi, semua kayu-kayan dan bunga-bungaan tu ade, termasuk bunjut sup yang tidak terpakai di dalam masakan ini. Lepas bawang dah kuning-kuning, masuk air kemudian garam. Kemudian tuang dalam periuk nasi yang ade beras basmati (kadar beras dan air yang dituang dalam tumisan tu, macam masak nasi biasa, kurang sket pon takpe). Kalau rajin, rendam dulu beras sebelum tu.

No 2: Kuah dalca - kacang dal tu kena rendam dulu dalam 30 minit - 1 jam (ala, rendam kacang, pastu mandi ke ape ke, tak sedar pun sejam berlalu). lepas tu rebus sampai lembut. dah lembut tu, amik garpu, tenyeh bagi hancur sket. Dalam periuk yang lain, tumis 1 labu bawang besar, 2-4 ketul bawang putih, 3-5cm halia, pastu kentang dh dipotong (bentuk tu ikut suka, nak buat love ke, dadu ke), 1 batang lobak merah. Lepas tumis sekejap, masukkan kacang dal yang dah jadi cecair dal pekat. tambah air. dekat2 nak masak tu, bubuh terung dan cili hijau (ikut suka nak buh banyak mana). Asam keping bubuh sekeping. Pastu buh garam. Setel.

3. Sayur bayam - tumis bawang besar, bawang putih (ikut suka banyak mana). Then bubuh cili sos. Dah agak2 bawang tu masak elok, bubuh bayam. buh air ikut suka then garam.

4. Ayam - ni paling senang (tapi kena ade oven, bekas yang boleh dipakai dalam oven dan aluminium foil). bubuh kentang, lobak merah (saiz terpulang, nak bentuk bintang ke, love ke) dan ayam dalam bekas. bubuh lada hitam dan garam sesuka hati dan secukup rasa yang diingini. Tutup ngan aluminium foil, masuk dalam oven, suhu 250celcius selama 40 minit. 

Hasilnya - voilaa! seperti gambar di atas. dalam 40 minit lebih kurang buleh masak cmni. (cuma kacang dal tu kena rendam awal la). 

Belajar memasak ni banyak kebaikannya. Di antaranya anda boleh makan nasi berlauk walaupun jam 12 tengah malam (dengan syarat bahan-bahan yang nak dimasak ada). Memasak juga amat menjimatkan. 2 ketul peha ayam (quarter of a chicken) hanya RM6.00 (RM3.00 seketul), berbanding RM7.00 seketul sekiranya setelah dimasak. Bayam baru RM1.50 - RM2.00. 

No 2
MENANAM BUNGA/ POKOK
Mula bergiat dalam aktiviti menanam bunga masa kerja di Sungai Petani dulu. Ini adalah sebahagian dari poko k-pokok yang ada kat rumah. Nak tanam banyak-banyak, nanti nak pindah susah plak nak angkut dari tingkat 11. Antara pokok yang ada ialah pokok aloevera (xnampak dalam gambar), pokok kemuning (kate pakcik pasar malam) pokok bunga kertas, pokok kari, pokok cili api dan anak pokok avocado (kelas ok). Sejuk mata memandang pokok-pokok ni sehat membesar.

Pembukaan Tahun Perundangan (The Opening of Legal Year) 2012

Wednesday, January 25, 2012

0 comments
Pembukaan Tahun Perundangan Malaysia 2012 (The Opening of Legal Year) mengambil tempat pada 14 Januari 2012. Sebelum ini hanya Sabah dan Sarawak sahaja yang melangsungkan majlis ini. Namun pada 2010, Yang Amat Arif (Y.A.A) Ketua Hakim Negara Malaysia telah menghidupkan semula tradisi ini di semenanjung Malaysia, yang akan dilangsungkan pada hari Sabtu pertama Januari setiap tahun.


Tradisi ini berasal dari England, di mana Hakim-hakim akan berarak dari  Temple Bar ke Westminster Abbey, dimulakan dengan ritual keagamaan, ucapan Lord Chancellor dan diikuti dengan "breakfast reception" yang dihoskan oleh Lord Chancellor. Tapi di England, pembukaan tahun perundangan dilakukan pada bulan Oktober (mungkin sebab taknak berebut dengan majlis-majlis lain kot pada bulan Januari) Tradisi ini kemudian diamalkan di negara-negara Komanwel seluruh dunia, seperti Hong Kong, Singapura, Bahamas dan Australia.

video
Hakim-Hakim di England - klip dari itnsource.com

Majlis ini dihadiri oleh Hakim-hakim, Pegawai-pegawai Perundangan dan Kehakiman serta peguam-peguam. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Hakim negara-negara jiran, seperti Singapura, Indonesia dan Brunei, dif-dif kehormat seperti Ketua Polis Negara, Dekan-dekan Fakulti Undang-undang dan Duta-duta negara asing.

Majlis bermula dengan perarakan masuk peguam-peguam, diikuti dengan Pegawai-pegawai Kehakiman, Pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara, Pendaftar-Pendaftar Mahkamah Atasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia bersama-sama dengan Presiden Advocates Association of Sarawak dan Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, kemudian diikuti dengan Y.Bhg Peguam Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Kehakiman, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan yang terakhir - Ketua Hakim Negara. (huh, penat nak ingat sape masuk dulu, sape masuk kemudian)

Semua Hakim akan mengenakan pakaian istiadat (sangat cool dan macho ok!), manakala pegawai-pegawai Kehakiman dan Perundangan serta peguam-peguam akan mengenakan pakaian sepertimana di dalam Mahkamah Terbuka. (pakaian bila masuk Mahkamah).
Dari kiri - YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Sabah & Sarawak, YAA Ketua Hakim Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YA Tan Sri James Foong Cheng Yuen, YA Dato' Bentara Luar Dato' Hashim.
- website kehakiman.gov.my-

Sesudah YAA Ketua Hakim Negara mengambil tempat, majlis pun bermula. Majlis ini berjalan sepertimana prosiding Mahkamah Terbuka (open court). YAA Ketua Hakim Negara akan menjemput Presiden Majlis Peguam untuk berucap, diikuti dengan Y.Bhg Peguam Negara dan yang terakhir, ucapan oleh YAA Ketua Hakim Negara sendiri.

Di atas inisiatif Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa, Mahkamah Persekutuan Malaysia, sudut mengambil gambar ala-ala red carpet telah diwujudkan. Gambar diambil dan siap pada ketika itu juga dengan bayaran RM10 (saploh hengget je). Maka dengan segan silunya pegi ambil gambar, dan pasal malu nak bergambar sorang-sorang, lalu diajak la ramai-ramai ambil gambar.

dengan rakan-rakan yang bijaksana
SEKIAN

Sambutan Tahun Baru

Tuesday, January 10, 2012

0 comments
"Saya hanya sambut tahun Islam sahaja".

Mmm...pada saya, tahun ada dua jenis, lunar calendar dan solar calendar.

Tahun Hijri ialah lunar calendar. Ianya berdasarkan putaran bulan mengelilingi bumi. Manakala Tahun Masihi, yang bersempena tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Masih atau Gregorian Calendar yang bersempena nama Pope Gregory XIII yang memperkenalkan kalendar ini pula berdasarkan hari yang diambil bumi mengelilingi matahari, yakni 365 ¼ hari dalam setahun. Kedua-dua kalendar ini mempunyai dua belas bulan.

Tahun Hijri mula disusun pada zaman Saidina Umar R.A. Beliau menerima surat yang isinya merujuk kepada bulan Syaaban. Beliau musykil Bulan Syaaban pada tahun yang mana? Justeru lahirlah Kalendar Hijrah.

Kewujudan kedua-dua kalendar ini turut mendapat pengiktirafan agamawan silam. Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyatakan tempoh tidur Ashabul Kahfi (Jejaka Gua) pada Surah Al-Kahfi: 25 ialah 300 tahun mengikut Solar Calendar (Syamsiyah) atau 309 tahun mengikut tahun Lunar Calendar (Qamariyah atau Hilaliyyah).

Mungkin yang Islam itu hanya pada cara sambutan. 

*By the way, saya tetap tak sambut tahun baru masihi, mungkin sebab 1 Januari 2009 bapa ex saya pulangkan cincin merisik, bak lagu Glenn - Januari. Hoho.


Asal Usul Khurafat

Friday, January 6, 2012

0 comments
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِسَاءَهُ ذَاتَ لَيْلَةٍ حَدِيثًا فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَانَ الْحَدِيثُ حَدِيثَ خُرَافَةَ فَقَالَ أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلًا مِنْ عُذْرَةَ أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَمَكَثَ فِيهِنَّ دَهْرًا طَوِيلًا ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الْإِنْسِ فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنْ الْأَعَاجِيبِ فَقَالَ النَّاسُ حَدِيثُ خُرَافَةَ

Saidatina Aisyah RA berkata bahawa pada suatu malam, Rasulullah SAW telah menceritakan suatu kisah kepada isteri-isteri Baginda, maka telah berkata seorang dari isteri Baginda, "Wahai Rasulullah, adapun cerita itu ialah cerita khurafat."

Baginda bertanya, "Tahukah kamu sekalian apa itu khurafat? Sesungguhnya Khurafat itu nama seorang lelaki dari suku Uzrah (suku dari Yaman) yang disorok oleh jin pada zaman jahililyyah, dan telah menetap dia (bersama-sama jin) untuk suatu tempoh yang lama, kemudian dikembalikan dia ke (dunia) manusia. Maka dia bercerita kepada manusia apa benda-benda aneh yang dilihatnya di dunia jin, lalu manusia berkata - ini cerita Khurafat.
(Musnad Imam Ahmad )
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.