Satu Tahun

Tuesday, December 20, 2011

Dalam masa beberapa hari lagi, 2011 akan berlalu..
Azam tahun ini ada yang tak tercapai lagi
Bab jodoh, malas nak pasang azam
Kata orang jodoh takkan datang bergolek
Jadinya kalau tak cari, tak payahlah beria azam nak kahwin.

Bila kata pada orang yang kita tengah mencari
Orang kerap sangka kita begitu terdesak sekali
Memang aku memilih, sebab itu  ianya tak mudah
Dan tak semua yang kita suka, dia nak juga pada kita
Mungkin ada, cuma belum masanya.

Sejak dilahirkan, manusia bergerak menuju kematian
Mati itu pasti, syurga juga pasti, neraka jua pasti
Namun hati kerap lupa dan jauh
Iman bertambah dan berkurang, kini kerap berkurang
Ku mohon dipelihara iman ini, agar aku bahagia di sana nanti
(cukup kiranya andai aku tak sempat berbahagia di sini)

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.