Munajatku lagi...Part IV

Monday, November 14, 2011


Berdoalah kepada Ku, nescaya aku kabulkan bagi kamu
(Surah Al- Mukmin: 60)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan, serta ahli keluarga dan sekalian sahabat Baginda sehingga ke hari pembalasan.

Allahumma,

Munajat hamba-Mu, semoga dikurniakan kepada mereka di kalangan kami cahaya mata, sebaik-baik fitnah sesudah isteri. Dengan iradah-Mu kami bersaudara, walau pernah aku rayu agar ia lenyap pergi. Kini aku merintih, semoga kedua mereka Engkau berkati dengan penyejuk mata dan hati, kebanggaan kekasih-Mu di hari kebangkitan nanti. Dengan berkat persaudaraan ini, ampunilah sekalian yang terdahulu dari dosa kami serta kabulkan hajat kami. Wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pemberi.

Allahumma, akhir doa kami dengan firman Mu-

Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, dari apa yang mereka sifatkan. Dan salam sejahtera ke atas sekalian Rasul. Serta segala puji bagi Allah tuhan sarwa sekalian alam
(Surah As-Saffat: 180-182)

1 comments :

muzam said...

nape link blog ko kat blog aku xdpt gi blog ko?
blog dah remove kate nye..

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.