Judges Conference 2011 & Yang Sewaktu Dengannya

Sunday, September 11, 2011

Persidangan Hakim-hakim Malaysia bil 1/2011 telah berlangsung dari 7-9 September 2011.Persidangan yang mengambil tempat di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, selaras dengan kehendak peruntukan seksyen 17A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 -
Court of Judicature Act 1964
17A. Council of Judges
(1) The Chief Justice may convene a Council of all the Judges as and when he deems it necessary but so that there shall be at least one meeting in each year.

Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi 
Aku telah ditugaskan untuk mengambil minit perasmian persidangan yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tun Dato Seri Zaki bin Tun Azmi, Ketua Hakim Negara. Persidangan ini merupakan persidangan beliau yang terakhir selaku Ketua Hakim Negara. Banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau terhadap pentadbiran Kehakiman di Malaysia. Secara peribadi, aku merasakan beliau merupakan seorang yang mungkin kasar pada kata-kata tetapi tersangat baik di hati. Segala teguran yang diberi berakhir di situ, tidak dibawa-bawa ke kemudian hari. Masih aku ingat pesanan beliau ketika aku melakukan "courtesy call" sewaktu aku mula-mula memulakan tugas di Mahkamah Persekutuan, sesuai buat pendaftar-pendaftar Mahkamah Persekutuan -
"You must have these two things at your finger tips, the Court of Judicature Act (1964) and Rules of the Federal Court."
Beliau mahu pegawai-pegawai beliau sentiasa mempunyai maklumat yang berkenaan dengan tugas yang dilakukan oleh pegawai tersebut. Aku penah ditanya berkenaan maklumat berkenaan satu kes dan aku jawab "Saya kurang pasti Tun." Jawapan tersebut tidak syak lagi menimbulkan kemarahan beliau seraya beliau menegur "Kamu ni semua tak tahu, pegi panggil Y***(nama bos)". 

Namun beliau sememangnya seorang yang baik hati dan penuh dengan sifat kebapaan apabila diluar tugas rasmi. Sewaktu majlis makan malam di Kuching sewaktu Mahkamah Persekutuan bersidang di Kuching, aku tiba lewat dan beliau memperkenalkan aku kepada Hakim-hakim yang lain "He is our new Registrar". Beliau juga pernah menjemput pendaftar-pendaftar di Mahkamah Persekutuan untuk makan tengahari bersama beliau, dan seorang hakim yang turut serta berkata "Untunglah kamu semua ni, zaman kami dahulu mana ada Ketua Hakim Negara belanja makan tengahari." Sememangnya kami beruntung. Tetapi layanan yang baik di sewaktu makan tengahari tidak menjamin beliau akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang dilakukan di masa akan datang.

Persembahan di Makan Malam Hakim-hakim
Pada malam 8 September 2011, suatu persembahan Tun Zaki The Musical telah dipersembahkan. Persembahan yang diarahkan oleh Yang Arif Datuk Zainun Ali, Hakim Mahkamah Rayuan, nyata telah menggamit suasana makan malam tersebut. Kebanyakan penonton-penonton yang terdiri dari Hakim-hakim dan pasangan mereka kelihatan menikmati persembahan tersebut. Ianya hasil kekuatan skrip yang telah diolah dan diadun oleh Yang Arif Pengarah Muzikal sendiri.

Latihan yang dijalankan beberapa hari sebelum persembahan amat memenatkan. Namun ianya terbalas dengan ucapan tahniah dari penonton-penonton. Kredit seharusnya diberikan kepada Yang Arif Pengarah Muzikal, kerana kami hanya pelaku kepada persembahan yang telah beliau acu, teristimewa bagi Ketua Hakim Negara yang bakal bersara.

Bermalam di JW Marriot Kuala Lumpur
Di antara pengalaman yang tidak akan dilupakan ialah pengalaman bermalam di bilik 1001 JW Marriot Kuala Lumpur, bersama rakan-rakan yang turut terlibat dengan persembahan. Walaupun perangai kami tak sama, tetapi ianya bilik yang ceria. Ceria dan gembira, perkataan yang dapat menggambarkan suasana di bilik itu. Ada di kalangan mereka yang "thoughtful". Begitu serasi dan memahami, cukup dengan pandangan mata tanpa pertuturan, kesimpulan telah kami dapati. Sesudah habis persembahan, kami di hibakan dengan berita yang tidak dinanti, pemergian saudara rapat beliau menghadap Ilahi. Aku turut empati, sekalipun yang pergi itu tidak aku kenali. Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama para nabi, siddiqin, syuhada, dan orang-orang soleh di sisi Ilahi. Semoga keluarganya diberkati dan kehilangan itu diganti dengan sesuatu yang lebih baik. 

Ketika aku tiba di rumah, buat pertama kalinya aku terasa janggal sekali. Kehidupan bersendiri yang aku nikmati selama ini tidak terasa begitu seronok lagi. Aku terasa sunyi dan aku berharap untuk berada di bilik 1001 JW Marriot sekali lagi. Semoga kalian semua sentiasa diberkati. 

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.