Di kala lemah...

Monday, September 12, 2011

Segala pujian bagi Allah, tuhan sarwa sekalian alam. Sebaik-baik selawat dan setinggi-tinggi salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, juga buat sekalian ahli keluarga Baginda dan seluruh sahabat-sahabat Baginda yang mulia.

Adapun sesudah itu,

Dalam meneruskan hidup di hari yang dikurniaNya ini, terasa kosong. Kosong sahaja tidaklah ia musibah tetapi bila kosong itu seakan berkehendakan ia untuk diisi. Dikebanyakan masa tidaklah sukar dibiarkan ia kosong, barangkali mungkin terasa kaya, seperti yang disabda Nabi "Sebaik-baik kaya ialah kaya jiwa." Tetapi semampu manusia selaku nakhoda hati,hati itu bukan miliknya untuk dikemudi, justeru doa Baginda SAW "Wahai Tuhan yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama dan ketaatan kepadaMu." Ada rasa yang kita cuba sembunyikan, meski kita tahu wujud rasanya di situ, lantas perlu kita ingat firmanNya "Sesungguhnya Dia mengetahui akan perihal yang di dalam dada (hati)."

Hari ini terasa kosong, dan sedikit pedih. Ku tinggalkan diri ini kepada belas dan rahmat Yang Esa. Ya Latif, ultuf bina..Wahai Tuhan Yang Maha berlembut, berlembutlah ke atas kami





0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.