Terima Kasih Ramadhan

Monday, August 29, 2011

Ramadhan, aku merasa perit tatkala engkau ingin pergi. Banyak yang diperolehi dalam sebulan yang singkat ini. Pastinya solat terawih yang tiada dapat aku lakukan pada malam bulan-bulan yang lain, meski aku mampu menunaikannya di malam hari. Berlapar sepertimana insan-insan lain yang diuji ilahi. Bulan yang mendekatkan aku dengan Quran, kalam Allah yang sering aku lupai. Dengan Quran itu, aku bertemu insan-insan lain yang tekun bertalaqqi, rela diperbetulkan ketika mengaji, mengajar kami erti rendah diri. Hadirmu hanya sebulan dan  kini engkau akan pergi. Kerana engkau hanya sebulan, sungguh hati ini merasai betapa sebulan ini aku merasa berteman, meskipun tinggal seorang diri. Pastinya aku akan merindui dan aku sesungguhnya berdoa, semoga kita dipertemukan lagi pada tahun yang mendatang ini, dengan aku masih menghela nafas, dengan kehendak dan izin Ilahi.

Selamat pergi dan semoga kembali, RAMADHAN

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.