Kenduri dan Kahwin

Sunday, June 12, 2011

Musim cuti sekolah juga dikenali sebagai musim kahwim. Baru-baru ini aku telah menghadiri beberapa kenduri kahwin, seperti kenduri Tuan Abdullah Siddiq, Majistret KL, Fairuz Hamidon, rakan sekolah menengah dan faisal arbain, rakan sekolah menengah. 

Dalam sebulan lepas, sepupu emak aku menikah di Masjid Tapah. Maka berbondong-bondonglah saudara-maraku datang. Tak kurang juga pakcik-pakcik yang sudah lama tak aku jumpa, yang dahulunya menyaksikan aku bermain di masjid Tapah masa kecik-kecik. Dalam kemeriahan yang begitu, tiba bapa aku menyapa "Along, ramai yang tanya abah, bila pulak anak cikgu Rosli nak menikah" zapppp soalan itu menyentap jiwaku. Cikgu Rosli Bin Mohd Arshad merupakan seorang yang sangat sejuk (cool) pada bab jodoh anak-anak beliau. Bondaku pernah bercerita yang ayahandaku pernah membunyikan (sound) bondaku supaya jangan sibuk mengkenen-kenenkan aku. Biar dia pilih sendiri kata ayahanda. Namun soalan maut itu telah keluar dari mulut beliau, mungkin tiba masanya untuk aku lebih serius dalam perkara ini. Lebih menekan lagi apabila aku adalah cicit yang paling sulung dalam salasilah sebelah ibuku. Mmm..nanti ade jodoh ade la ye abah~!

Dan juga mereka (Ibadurrahman) berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat dari keturunan kami yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
(al-Furqan:74)

3 comments :

muzam said...

sokong cikgu rosli!!

Mohd Syafi said...

Sejarah akan bermula :)

Mohd Syafi said...

Akan brlaku 1 peistiwa brsjarah nmpaknya :)

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.