Bertemu dan berpisah...keranaNya

Thursday, February 17, 2011

Diam aku membawa diri. Dalam diam aku berdoa sendiri, mengimpikan yang mustahil untuk terjadi, mimpikan barang yang jauh untuk bersua kembali.

Dihari mulia hari keputeraan nabi, di luar pintu aku tidak bermimpi, yang mustahil itu telah terjadi. Yang sentiasa ku ingati (meski hanya di dalam hati), aku sambut dengan tersangat gembira dan rendah hati. Di wajahku tiada sebarang ekspresi, namun aku bangga, terharu, sebak dan berbesar hati. Turut aku kemudian menghantar keduanya pergi, dan hati kecil ku berharap bukan itu yang terakhir kali.

Kupanjatkan syukur atas pertemuan ini, sungguh aku amat menghargai. Kepada-Nya jua aku mohon, semoga segala-galanya diberkati. Tuhan, temukanlah hati-hati ini di lain kali.


Dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ” Tujuh orang yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya, pada hari yang tiada naungan melainkan naungannya (hari Kiamat) yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang bersungguh dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
 (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
.

noora
Putrajaya

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.