Bawang oh bawang

Monday, January 24, 2011


Bawang sangat mahal sekarang. RM3.50 untuk 500gm bawang besar (merujuk harga di kedai Tafaz Maju, Presint 9, Putrajaya). Ini berikutan negara pengeluar utama komoditi tersebut  (India dan negara sekitarnya) ditimpa bencana .

Aduh. Bagi aku, bawang adalah antara barang dapur yang paling penting, kalau nak dibandingkan dengan beras atau yang selainnya. Untuk masak telur dadar kena pakai bawang, masak sambal pun pakai bawang, masak gulai lemak pun pakai bawang, hatta masak maggi pun kena ada bawang (kalau tiada bawang, maggi tersebut kekal darjatnya umpama dimasak dengan air panas seperti di asrama dulu). Kedai nasi arab di UNITEN pun dah mengeluarkan bawang besar dari set menu nasi yang dijual mereka (yang dimakan mentah macam ulam) .Harap-harap harga bawang akan kembali susut dalam masa yang terdekat ini. (Tak mau cite pasal kebaikan bawang ni, sbb dah sinonim dengan memekatkan tutttt)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu (Bani Israel berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar (Mesir) kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”...
(Surah Al-Baqarah:61)

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.