Aplikasi Qarinah/Circumstancial Evidence

Monday, January 31, 2011

1 comments
Teknik pembuktian yang sering kita tonton dalam cerita CSI. Tanggal 30 Januari 2011, aku telah dijemput ke kenduri kahwin anak Sarjan Aminah yang bertugas di Mahkamah. Dalam perjalanan ke rumah beliau, baru perasan yang kad kahwin tertinggal di pejabat. Teringat kata-kata seorang anggota yang aku sapa di tandas, katanya rumah sarjan terletak dibelakang Shell Sg Ramal. Dengan penuh keyakinan aku cari Shell Sg Ramal. Namun di sana, berbagai2sepanduk majlis kahwin (kata orang ade 4-5 kenduri di kawasan itu). Aku bingung. Namun aku teruskan perjalanan mencari rumah yang betul di kala hujan menyembah bumi, dan aku jumpa rumahnya. Petunjuk yang aku gunakan ialah dengan tengok kereta orang yang datang, ada sticker Polis atau Mahkamah. Aku jumpa satu kereta dengan sticker IPD Putrajaya dan satu kereta dengan sticker Mahkamah, menggunapakai the law of evidence yang aku belajar dahulu untuk mencari rumah kenduri kahwin.  ^_^

Yusuf pula berkata: “Dia lah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:” “Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar”. (Surah Yusuf: 27-28)

Bunga Yang Berbau Wangi (Pokok Kemuning)

Monday, January 24, 2011

0 comments
Bunga ni aku beli kat Kota Damansara, setelah tertarik hati dengan bau wanginya yang aku dapati di rumah makcik aku. Selepas beberapa hari di"pasu"kan (kira secara rasmi beliau didaftarkan menetap di rumah aku,) dia telah berbunga dengan bunganya yang wangi. Syabbas bette, lepas ni berbunga banyak-banyak lagi. (Namun masih tak dapat kenal pasti apakah nama pokok bunga ini)

Dari kiri: Bungaku yang wangi (disebelah kanan beliau pokok cili)

*Tanggal 25 Januari 2011- jam lebih kurang 8.30 malam aku telah ke pasar malam putrajaya, Ade pakcik jual bunga di situ dan aku tanyakan ape jenis pokok di kedainya yang menyerupai pokok di atas ni, "Pokok Kemuning," khabar pakcik itu.

Bawang oh bawang

0 comments

Bawang sangat mahal sekarang. RM3.50 untuk 500gm bawang besar (merujuk harga di kedai Tafaz Maju, Presint 9, Putrajaya). Ini berikutan negara pengeluar utama komoditi tersebut  (India dan negara sekitarnya) ditimpa bencana .

Aduh. Bagi aku, bawang adalah antara barang dapur yang paling penting, kalau nak dibandingkan dengan beras atau yang selainnya. Untuk masak telur dadar kena pakai bawang, masak sambal pun pakai bawang, masak gulai lemak pun pakai bawang, hatta masak maggi pun kena ada bawang (kalau tiada bawang, maggi tersebut kekal darjatnya umpama dimasak dengan air panas seperti di asrama dulu). Kedai nasi arab di UNITEN pun dah mengeluarkan bawang besar dari set menu nasi yang dijual mereka (yang dimakan mentah macam ulam) .Harap-harap harga bawang akan kembali susut dalam masa yang terdekat ini. (Tak mau cite pasal kebaikan bawang ni, sbb dah sinonim dengan memekatkan tutttt)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu (Bani Israel berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar (Mesir) kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”...
(Surah Al-Baqarah:61)

Umum Balwa - Bala yang berleluasa

Friday, January 21, 2011

0 comments
Situasi 1
Saya sedang keluar bersiar-siar. Sudah masuk waktu solat dan saya ingin solat. Tapi saya rasa seluar saya kotor. Macam mana nak solat.

Situasi 2
Rumah saya ada anak kecil. Ada jarak di antara bilik air dan tempat solat. Perlukan saya mop lantai rumah saya setiap masa supaya saya tidak terpijak najis yang mungkin disebabkan oleh anak-anak saya.

Situasi 3
Saya baru berpindah ke rumah baru. Perlukah saya basuh rumah saya dengan air tanah, sebab saya mengesyaki anjing ada duduk di rumah tersebut.


Umum Balwa عموم البلوى

Definisi oleh Dr Wahbah Zuhaili:
شيوع البلأ بحيث يصعب على المرء التخلص أو الإبتعاد عنه 
Berleluasa suatu keburukan (bala) yang tidak dapat seseorang individu itu menghindari atau menjauhinya.. (bala tersebut)
.
Dengan kata lain, situasi yang melibatkan wujudnya perkara yang dihukumkan berdosa atau najis, yang mana kewujudannya terlalu berleluasa dan meluas sehinggakan tidak dapat dihindarkan perkara tersebut atau dijauhkan, melainkan akan terbit kesusahan yang melampau dalam usaha menghindari perkara-perkara tersebut. Hal sebegini terdapat kelonggaran diberikan oleh syarak.

Sandaran bagi kelonggaran dalam perkara umum balwa:

a) Hadith Abdullah ibn Umar, dalam bab wudhu',Sahih Bukhari -Bahawa pada zaman Rasulullah SAW, anjing-anjing membuang air di masjid, dan tidak ada seorang sahabat pun membersihkannya. Perkara ini kerapkali terjadi dengan meluas.  Jadi ada yang menyimpulkan wujud umum balwa dengan taqrir dari Rasulullah di dalam situasi tersebut (Walaubagaimanapun ada juga huraian lain bagi hadith ini, yang tidak menggunapakai rukhsah dalam perkara umum balwa)

b) Ibu-ibu yang menyusukan anak di zaman Rasulullah SAW mendirikan solat dengan pakaian yang terkena benda-benda yang keluar dari mulut bayi seperti muntah dan sebagainya. Jadi ada yang menyimpulkan perkara ini di taqrir oleh Rasulullah sebagai rukhsah dalam perkara umum balwa (rujuk  إغاثة اللهفان : jilid 1 m/s 245)

c) Diriwayatkan oleh Imam Malik, bahawa seorang wanita bertanya kepada Ummu Salamah "Bahawa kain saya labuh dan saya berjalan ditempat yang kotor. Ummu Salamah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda "dibersihkan (kotoran itu) dengan benda yang sesudahnya (yakni tanah).

Contoh-contoh  lain umum balwa
1) Lumpur di jalan-jalan yang pastinya tidak dapat dielakkan dari terkena seluar dan pakaian. Lumpur ini seringkali dikaitkan dengan wujudnya najis. Perkara ini sering berlaku dan amat sukar untuk menghindarinya. Maka tergolong ia daripada perkara yang dimaafkan, dan seluar atau pakaian yang terkena lumpur di jalan ini sah dipakai untuk solat. (Al-Asybah wa Nazair Al Suyuti: m/s 164)

2) Air yang bercampur tanah dan lumut, yang mana mendatangkan kesusahan pada memisahkan air dan bendasing tersebut. Maka kekal air itu suci, meskipun air telah berubah oleh sebab bendasing tersebut (Misbahul Munir, Jilid 2 m/s 437)

Kaedah Fiqhiyyah yang berkaitan

Antara kaedah fiqhiyyah yang berkaitan ialah المشقة تجلب التيسير - Kesukaran menjadi sebab kepada keringanan/kemudahan.

*Agama itu mudah dan perkara yang menyebabkan kesukaran tidak seharusnya menjadi penghalang dalam menjalankan ibadat. Kerapkali terjadi tompokan cat yang halus dan tidak dapat ditanggalkan dari orang yang mengecat, pastinya wudhu mereka ini sah, dan solat ini sah, kelonggaran dalam perkara umum balwa. Begitu juga bagi jejaka yang keluar bergaya dengan seluar jeans mereka. Kerapkali alasan diberi bahawa seluar kotor dan tiada kain pelekat untuk solat.Pastinya solat tidak harus ditinggalkan atas sebab itu.

Rujukan;

عموم البلوى ـ دراسة نظرية تطبيقية
Umum Balwa (buku): Muslim Bin Muhammad Bin Majid, terbitan Maktabah Rusyd, lin nasyr wat tawzi' (asalnya thesis master pengarang di Bahagian Usul Fiqh, Fakulti Shariah di Riyadh)
Boleh download kat sini http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1139

Oratio Numero Ternio

Thursday, January 20, 2011

0 comments
sekuat dan semampu kita berusaha
tak terlaksana tanpa limpah izin Nya
semoga yang diharap dan diusaha
beroleh rahmat dan keizinan Nya

ku harap dapat diri ini menjadi lebih baik
untuk diri ini sendiri, agama dan negara
barang dijauhkan Tuhan dari kemurkaanNya
serta dari segala keburukan yang merosakkan

Supplicamentum

video

Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau hukum kami andai kami terlupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau timpakan ke atas bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau uji kami dengan apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; menangkanlah kami ke atas mereka yang kafir
(Baqarah:286)

Cinta orang buta

Friday, January 7, 2011

2 comments
Kalau ade orang bercinta begini, pastinya lebih hebat dari Epik Helen dari Troy, mahupun Laila dan Majnun.

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. 
(Surah Ali Imran:92)

Mode:Tersentuh (bukan jiwang)


Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.