Uwais Al Qarni - Dia yang masyhur namanya di Langit

Sunday, November 7, 2010

Beliau tidak pernah berjumpa Rasulullah, tapi beliau dikenali baginda.

Beliau mempunyai seorang ibu yang tua. Oleh kerana kecintaannya kepada Baginda SAW, beliau dgn izin ibunya telah ke Madinah yang 400km jaraknya dari Yaman. Namun malang nasib beliau kerana Rasulullah tiada di rumah ketika beliau tiba. Teringatkan ibunya yang uzur, beliau segera pulang.

Apabila Baginda SAW kembali ke rumah, Baginda bertanyakan mengenai orang yang datang mencarinya. Baginda mengkhabarkan bahawa Uwais merupakan anak yang taat dan beliau masyhur dikalangan penghuni langit. Demikian menyebabkan Saidatina Aisyah RA dan sahabat yang lain terpegun.

Beliau disifatkan dengan terperinci oleh Baginda SAW, bahawa beliau mempunyai penyakit belang di badan dan Rasulullah SAW meramal bahawa Uwais akan tiba bersama rombongan dari daerah Qarn di Yaman. Dia, jikalau berdoa nescaya makbul doanya.

Baginda SAW wafat dan Amirul Mukminin Umar R.A saban hari bertanyakan mengenai Uwais kepada kafilah-kafilah yang tiba dari Yaman sehingga pelik apa yang hebatnya sang Uwais. Suatu hari Saidina Umar R.A berjumpa Uwais -

beliau bertanya",engkau Uwais bin Amir?
"betul"Jawabnya.

Khalifah Umar bertanya,"engkau dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn?","betul"sahutnya.

Umar bertanya,"dulu engkau pernah ada terkena penyakit belang di tubuhmu sebesar wang dirham?","betul"

Umar bertanya lagi,"engkau memiliki seorang ibu".Khalifah umar mengatakan,"Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,"Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman dahulu tinggal di Daerah Qorn.

Dahulu dia pernah terkena penyakit belang,lalu sembuh,akan tetapi masih ada belang di tubuhnya sebesar wang dirham.Dia memiliki seorang ibu,dan dia sangat berbakti kepada ibunya.Seandainya dia berdoa kepada Allah,pasti Allah akan mengabulkan doanya.Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohon ampun untukmu kepada Allah maka usahakanlah".

Maka mohonkanlah ampun kepada Allah untukku,Uwais Al-Qarni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar Ibnul Khattab.Setelah itu Umar bertanya kepadanya",engkau hendak pergi ke mana?"Kuffah",jawabnya.Beliau bertanya lagi,"mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada gabenor Kuffah agar melayanimu?Uwais Al-Qarni mengatakan,"berada di tengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenal itu lebih ku sukai"

Insan yang tidak pernah bertemu Baginda SAW, tetapi dikenali oleh Baginda dan seisi penghuni langit.
Kisahnya diriwayatkan Imam Muslim, dari Asir bin Jabir

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.