Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik...

Sunday, November 7, 2010

Abu Salamah R.A berperang dalam peperangan Uhud. Beliau cedera teruk dan dalam derita menannggung sakit di tempat baringnya Tidak lama sesudah itu Abu Salamah R.A menghembuskan nafas terakhir, kembali kepada Rabb Jalil.

Kehilangan Abu Salamah amat menyeksa Ummu Salamah. Rasulullah SAW mengajarkan Ummu Salamah satu doa:

عن ام سلمه رضي الله عنها قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : (ما من عبد تصيبه مصيبة ، فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعون : اللهم أجرني في مصيبتي ، واخلف لي خيرا منها، إلا أجره الله تعالى في مصيبته وأخلف له خيرا منها) . . رواه مسلم
 
Dari Ummu Salamah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda -Tiada seorang pun Hamba Allah yang ditimpa musibah melainkan dia mengucap kalimah istirja' (innalillahi wa inna ialaihi rajiun) Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya,  melainkan Allah akan memberi ganjaran bagi musibah yang menimpanya dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. (Hadis Riwayat Muslim)

Beliau teringat akan doa yang diajar oleh Baginda SAW, namun ragu-ragu apabila membaca "dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya". Kata beliau, siapakah dikalangan muslimin yang lebih baik dari Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering diulanginya.

Pada suatu hari, Hatib Bin Balta’ah R.A tiba di rumah beliau dan membawa hasrat Baginda SAW untuk melamarnya. Terbukti benar doa yang diajar Rasulullah dan benarlah bahawa insan yang datang melamar Ummu Salamah itu lebih baik dari Abu Salamah.

Kisah ini disebut dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.