Oratio...numero duae

Monday, November 22, 2010

0 comments


Dari Saidina Jabir Ibn Abdullah Al-Ansari RA, beliau berkata: Adapun Rasulullah mengajar kami untuk mengerjakan istikharah dalam setiap perkara, sebagaimana Baginda mengajar kami surah daripada Al-Quran (menunjukkan kekerapannya). Baginda ada bersabda: Barangsiapa di antara kamu mempunyai sesuatu perancangan, dirikan dua rakaat (dari solat) dan bacakan:
Ya Allah! Aku mohon pilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. 

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta kesudahan pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. 

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan kesudahan urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya

HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM
اَمين,اَمين,اَمين

Option

Saturday, November 13, 2010

0 comments

choices are option
refusal is an option
willingness is when there is option
or else it should be named coercion

when one is facing two irreconcilable situations
take one and leave the other out of consideration
thereupon do not regret and live with the opted decision
forget not newton's law, for every action there is an equal and opposite reaction

it is good to have the best of both worlds
unfortunate in many cases, that is seldom in our holds
thus,it might be inevitable to decide and the heart is cold
hard it may be, even at the expense of one's soul

to leave one and to please one
all we do is what we want
for what we beg,  so God will grant
salvage me God, for all these i am done

Bidadari

Tuesday, November 9, 2010

0 comments
Bidadari disifatkan sebagai ciptaan yang sempurna
Dari bentuk mata, kedudukan dan juga paras rupa
Boleh jadi bidadari itu tidak jauh dari kita 
Mungkin juga bidadari itu ada di kalangan manusia

Isteri yang berbudi pekerti, di bumi dialah bidadari
Dia yang taat meneman dan mencintai sang suami
Mungkin tidak sempurna paras rupanya di dunia ini
Janji Yang Esa bakal ditunaikan dihari dibangkitkan nanti

Dikisahkan malu Baginda pabila memandang bidadari
Yang turun menyambut Saidina Jaafar dan membawanya pergi
Barangkali bila terpandang, jatuh dari mata ke hati
Mungkinkah yang aku lihat itu juga bidadari

Bagaimana rupa bidadari asli, aku sendiri tidak pasti
Namun ada insan yang seakan layak digelar bidadari
Tidak sesempurna yang diperi orang, tetapi memandangnya menyejukkan hati
Dia yang langsung tidak pernah ku sapa,engkau aku gelar bidadari




Bahasa Jiwa Bangsa..the origin

Sunday, November 7, 2010

0 comments
Baru-baru ni kawan sekolah bermalam di rumah. Dia memperkenalkan suatu lagu yang menarik






Lagu yang dinyayikan dalam loghat Perak, lebih spesifik lagi, loghat Parit.

Adapun lahir diri ini di Hospital Desa Changkat Melintang, Bota, Perak Darul Ridzuan. Menyegarkan bila mendengar loghat Perak (ye la dah dari kecil dengar orang cakap macam tu). Teringat zaman matrik dulu kawan sebilik , Rashid Redha mengutuk aku, katanya bila Noor cakap nak "bantei", tak tau dia nak bantal (pillow) or nak bantai (belasah). Hahahaha

Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik...

0 comments
Abu Salamah R.A berperang dalam peperangan Uhud. Beliau cedera teruk dan dalam derita menannggung sakit di tempat baringnya Tidak lama sesudah itu Abu Salamah R.A menghembuskan nafas terakhir, kembali kepada Rabb Jalil.

Kehilangan Abu Salamah amat menyeksa Ummu Salamah. Rasulullah SAW mengajarkan Ummu Salamah satu doa:

عن ام سلمه رضي الله عنها قالت : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : (ما من عبد تصيبه مصيبة ، فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعون : اللهم أجرني في مصيبتي ، واخلف لي خيرا منها، إلا أجره الله تعالى في مصيبته وأخلف له خيرا منها) . . رواه مسلم
 
Dari Ummu Salamah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda -Tiada seorang pun Hamba Allah yang ditimpa musibah melainkan dia mengucap kalimah istirja' (innalillahi wa inna ialaihi rajiun) Sesungguhnya kami adalah hamba dan milik Allah dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Ya! Allah berilah pahala bagiku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya,  melainkan Allah akan memberi ganjaran bagi musibah yang menimpanya dan akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. (Hadis Riwayat Muslim)

Beliau teringat akan doa yang diajar oleh Baginda SAW, namun ragu-ragu apabila membaca "dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya". Kata beliau, siapakah dikalangan muslimin yang lebih baik dari Abu Salamah? Dialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah. Pertanyaan itu sering diulanginya.

Pada suatu hari, Hatib Bin Balta’ah R.A tiba di rumah beliau dan membawa hasrat Baginda SAW untuk melamarnya. Terbukti benar doa yang diajar Rasulullah dan benarlah bahawa insan yang datang melamar Ummu Salamah itu lebih baik dari Abu Salamah.

Kisah ini disebut dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi.

Uwais Al Qarni - Dia yang masyhur namanya di Langit

0 comments
Beliau tidak pernah berjumpa Rasulullah, tapi beliau dikenali baginda.

Beliau mempunyai seorang ibu yang tua. Oleh kerana kecintaannya kepada Baginda SAW, beliau dgn izin ibunya telah ke Madinah yang 400km jaraknya dari Yaman. Namun malang nasib beliau kerana Rasulullah tiada di rumah ketika beliau tiba. Teringatkan ibunya yang uzur, beliau segera pulang.

Apabila Baginda SAW kembali ke rumah, Baginda bertanyakan mengenai orang yang datang mencarinya. Baginda mengkhabarkan bahawa Uwais merupakan anak yang taat dan beliau masyhur dikalangan penghuni langit. Demikian menyebabkan Saidatina Aisyah RA dan sahabat yang lain terpegun.

Beliau disifatkan dengan terperinci oleh Baginda SAW, bahawa beliau mempunyai penyakit belang di badan dan Rasulullah SAW meramal bahawa Uwais akan tiba bersama rombongan dari daerah Qarn di Yaman. Dia, jikalau berdoa nescaya makbul doanya.

Baginda SAW wafat dan Amirul Mukminin Umar R.A saban hari bertanyakan mengenai Uwais kepada kafilah-kafilah yang tiba dari Yaman sehingga pelik apa yang hebatnya sang Uwais. Suatu hari Saidina Umar R.A berjumpa Uwais -

beliau bertanya",engkau Uwais bin Amir?
"betul"Jawabnya.

Khalifah Umar bertanya,"engkau dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorn?","betul"sahutnya.

Umar bertanya,"dulu engkau pernah ada terkena penyakit belang di tubuhmu sebesar wang dirham?","betul"

Umar bertanya lagi,"engkau memiliki seorang ibu".Khalifah umar mengatakan,"Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,"Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman dahulu tinggal di Daerah Qorn.

Dahulu dia pernah terkena penyakit belang,lalu sembuh,akan tetapi masih ada belang di tubuhnya sebesar wang dirham.Dia memiliki seorang ibu,dan dia sangat berbakti kepada ibunya.Seandainya dia berdoa kepada Allah,pasti Allah akan mengabulkan doanya.Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohon ampun untukmu kepada Allah maka usahakanlah".

Maka mohonkanlah ampun kepada Allah untukku,Uwais Al-Qarni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar Ibnul Khattab.Setelah itu Umar bertanya kepadanya",engkau hendak pergi ke mana?"Kuffah",jawabnya.Beliau bertanya lagi,"mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada gabenor Kuffah agar melayanimu?Uwais Al-Qarni mengatakan,"berada di tengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenal itu lebih ku sukai"

Insan yang tidak pernah bertemu Baginda SAW, tetapi dikenali oleh Baginda dan seisi penghuni langit.
Kisahnya diriwayatkan Imam Muslim, dari Asir bin Jabir

Aku Kan Abang

Wednesday, November 3, 2010

0 comments
Dilahirkan sebagai anak sulung, turut merangkap cucu dan cicit yang sulung (di sebelah emak), aku sememangnya berjiwa abang yang sejati. Sedikit sebanyak aku menjiwai klip video di bawah ini.






*Ada masa laku aku sumbang, kata aku kasar, layanan aku janggal, ketahuilah bukan aku sengaja. Tapi jangan kalian semua ambil hati, aku kan abang, dan aku sentiasa menjadi abang.
Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.