Satu malam di wad

Sunday, October 31, 2010

27 oktober 2010, aku dijadualkan untuk dimasukkan ke wad bagi menjalani pembedahan tonsil pada 28 Oktober 2010. Dari Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi,sesudah abis kursus Faraid (wahh) aku pon masuk la ke wad.


Sesampai di wad, aku diberitahu yang aku tidak boleh keluar dah (alamak, lupa bawak laptop, mesti bosan). Selepas masuk ke wad dan memakai baju wad (mcm baju komunis bintang tiga), aku pun tidur dan terbaring kebosanan. Pakcik di sebelah (aku masuk wad kelas 1 dua katil) berasal dari Sungai Petani dan betapa kecilnya dunia bila dapat tahu anak beliau pernah buat praktikal di Mahkamah Majistret Sungai Petani dulu. Isteri pakcik itu pula dengan tidak segan silu bertanya kepada anaknya "Ini la yang NA kate garang tu ye." Tergamam aku.haha.

Petang 27hb, aku jumpa doktor pakar, dia pun buat pemeriksaan dan kata yang aku sihat dan bersedia untuk dibedah. Aku tanpa ada rase gemuruh tak sabar-sabar nak menjalani pembedahan itu. Aku disuruh berpuasa bermula jam 12.00 tgh malam.

Keesokan harinya, sesudah solat subuh, aku diberi baju bedah untuk dipakai (lebih cantek dari baju komunis, cuma kena ikat kat belakang.) Aku pon diusung ke bilik bedah dan pemeriksaan tekanan darah dan oksigen dibuat. Aku dibawa masuk ke dalam bilik bedah dan disuruh baring di atas meja bedah. Aku sesekali tidak berasa takut atau gugup. Doktor bius dah bersedia dan pemeriksaan ECG sahaja tinggal untuk aku lalui sebelum dibedah. Setelah titik-titik ECG diletakkan ke dada aku, tiba-tiba "Eh, rhythm jantung dia tak normal la." Selepas doktor-doktor tersebut bertukar-tukar perkataan, seorang dari mereka berkata "Pembedahan hari ini kita terpaksa tangguh. Jantung awak tak normal. Kita kena cek jantung awk dulu, kita takut awk dapat cardiac arrest time pembedahan"

Kecewa tak terhingga aku....Aku pun balik ke wad, jantung aku di cek sekali lagi dan rhythmnya masih tak normal. Aku pun pulang ke rumah. Malam itu mak, ayah dan adik aku bermalam di rumah. Kwn aku, abg ngah pun dtg melawat.

Keesokan harinya, aku pergi kerja seperti biasa. Namun suasana berbeza. Ramai orang kata semoga aku cepat sihat. "aku sihat je dan aku belum dibedah lagi!" jerit hati kecil aku. Haha. Nasib la. Elok juga kalau aku pergi awal, sebelum dosa yang ada menggunung.

2 comments :

ibn_idris84 said...

salam...wahai sahabatku NOOR.
sungguh sdih tatkala mndengar prkhabaran ini dri anda.smoga anda menjalaninya dgn tabah dan cepat sembuh sprti sdiakala...amin

(harap2 ayat yg ikhlas nie xla poyo sgt...hahaha)

muzam said...

tangan berbulu...
leh wat makan2 ni sempene kuar wad..

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.