Patience

Tuesday, October 5, 2010

فَصَبْرٌ جَمِيْلٌ‌ؕ وَاللّٰهُ الْمُسْتَعَانُ عَلٰى مَا تَصِفُوْنَ‏
"...in patience do I possess my soul and in Allah do I seek help to bear with composure what you have just described"
(Yusuf : 18)

Dalam kehidupan seharian, dalam melakukan pekerjaan, dalam pergaulan, tika ada yang tak kena dan mengganggu jiwa, bila timbul rasa tak selesa dan janggal bila bersua, yang pertama perlu dibuat ialah sabar.

Bila perlu sabar? Sabda Rasulullah SAW, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari Anas Bin Malik RA: "Sabar itu ialah saat mula-mula ditimpa malapetaka."

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Fakta yang sedia maklum bagi semua. Senang dilafaz tapi sukar untuk dikerjakan.


Membiarkan seseorang terseksa dengan perilaku kita bakal menuntut insan tersebut untuk bersabar. Secara tidak langsung perbuatan begitu boleh dikatakan penindasan, menghukum bila memiliki tangan di atas (upper hand). Semoga insan itu mampu bersabar, semoga Allah sentiasa bersamanya dan semoga beliau dikurnia Allah kekuatan laksana Nabi Allah Saidina Yaakub A.S, tatkala diberitakan bahawa anakandanya Nabi Allah Saidina Yusuf A.S telah mati di makan serigala, seperti yang dirakam Allah di dalam Kalamnya yang termaktub di atas. Semoga sabarnya tidak bersempadan, tidak ada di baliknya dendam dan tidak sesekali lupa dia statusnya selaku hamba, yang pasti akan diuji selagi nafas akhirnya belum tiba.

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.