Maaf

Saturday, August 28, 2010

Memaafkan dan dimaafi membuka ruang yang luas di dalam hati
Berjuang menafikan kehendak hati tidak membawa sebarang erti
Sekalipun rugi, banyak pengajaran yang dipelajari dan diperolehi
Walau berat di lidah dan di hati, sesudah dilafaz leganya tidak terperi
Sengketa yang tiada kesudahan seperti barah di dalam hati
Memaksa bermasam muka, berlaku aneh, hanya kerana benci
Dunia ini kecil, esok lusa kita mungkin berjumpa lagi
Tak mahu aku berasa asing bila berada di sisi
Persaudaraan yang pernah aku rayu, tidak sekali aku khianati
Yang terjadi hanya salah dan khilaf, dek kelemahan diri ini
Maaf aku pohon dan moga dibukakan lagi hati untuk memaafi.

"Dan jika kamu memaafkan maka itu lebih hampir kepada taqwa"
Al Baqarah:237

Muhammad Noor Firdaus
Putrajaya

0 comments :

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.