Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu

Monday, June 16, 2008


Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali dengan panggilan pondok Pak Teh terletak di daerah Hulu Perak iaitu daerah Pengkalan Hulu di negeri Perak Darul Ridzuan. Pondok ini adalah satu-satu pondok pengajian ilmu islam yang lama dan masih wujud di negeri Perak.Pondok ini didirikan pada tahun 1963 oleh YBhg Tuan Guru Dato' Hj. Abd Latif Abdul Rahman atau Pak Teh , pondok ini didirikan sendiri oleh Pak Teh yg berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah (Majlis Fatwa) Negeri Perak.

Persekitaran yg sederhana, bersuasana desa, dipayungi pohon-pohon hijau dengan pondok-pondok pelajar yg bertebaran, serta ayam dan kambing yg berkeliaran mungkin tidak menarik minat mereka yg biasa dengan cara hidup kota dan dibesarkan dalam dimensi kemodenan.

Namun di pondok-pondok yang usang, tinggal para pelajar dan di surau yg berlantaikan papan bersilingkan zink, transaksi ilmu mengambil tempat dengan penuh adab dan tradisi keilmuwan, mencuit hati sesiapa sahaja yg berkesempatan ke sana. Kitab-kitab silam ditadah dengan penuh khusyuk, sesudah subuh, sesudah zohor, sesudah asar, sesudah maghrib dan sesudah isyak. Selepas solat subuh, kelihatan 3-4 orang pelajar menghampiri Tuan Guru, menyemak hafalan matan-matan yg berbeza. Namun yang ajaibnya, ketajaman deria dengar dan ingatan Tuan Guru dapat sahaja menangkap andainya ada silap dalam hafalan mereka, walaupun setiap mereka membaca matan yg berbeza secara serentak di hadapan Tuan Guru. Penyampaian kuliah di dalam bahasa melayu, dialek siam, Kelantan dan utara. Mereka yg baru mungkin berasa pening dan asing dengan penyampaian si Tuan Guru.

Pada waktu malam, kedengaran suara-suara mengatasi bunyi unggas, yg sibuk mengulangkaji pelajaran dan hafalan. Dari Ilmu Nahu ke Ilmu Feqah, riuh di merata pondok suara pelajar mengulangkaji. Tidak cukup dengan kuliah umum kelolaan Tuan Guru di surau, ada juga kelas-kelas mini yg diajar oleh Ustaz-ustaz yg terdiri dari murid senior di pondok. Ada Ustaz-ustaz yg telah menghabiskan masa selama 30 tahun di pondok dan ada yg baru 8 tahun. Kedalaman ilmu mereka mengagumkan walaupun tidak punya sijil, diploma atau ijazah di dalam bidang agama.

Bagi yg hanya sementara di sana (seperti teman), boleh diminta Ustaz-ustaz ini mengajarkan secara peribadi mengikut masa yg bersesuaian. Berbekalkan kitab dan sebatang lilin dihadapan sang Ustaz yg terjerit-jerit ibarat “naik syeikh”, teman mengaji ilmu nahu dengan kitab “Syarah Mukhtasar Jiddan A’la Al-Ajrumiyyah”, antara kitab nahu yg paling asas diajarkan di pondok itu. Perkataan dibaca sepatah-sepatah dan dihurai sepatah-sepatah. Tidak hairanlah kalau dalam ½ jam, hanya setengah mukasurat yg mampu dihabiskan.

Ada juga beberapa perkara yg menarik dapat diperhatikan di sana. Antaranya, solat subuh hanya bermula pabila Tuan Guru membuka pintu rumahnya dan masuk ke surau (rumah Tuan Guru dan surau bersambung). Selalunya solat subuh pada jam 6:40-6:45 pagi, agak lewat juga kiranya.

Begitu juga menariknya bila Tuan Guru tidak mahu mengimamkan solat, murid-murid akan mencari mereka yg paling senior untuk menjadi imam. Apabila yg senior pun enggan menjadi imam, yg muda-muda akan menjadi imam. Namun, sesudah habis solat dan wirid, imam muda tadi akan menepuk lantai dan Tuan Guru atau si senior yg ada di dalam surau akan membaca doa, tak kira di mana duduknya murid senior itu, kadangkala di belakang imam dan kadangkala dibucu surau. Dapat diamati yg mereka ini memuliakan Tuan Guru dan abang-abang seguru mereka, suatu sikap yang sudah jarang wujud dalam diri para pelajar masa kini.

Murid-murid juga akan bangun sebelum memulakan kuliah dan mereka hanya duduk sesudah Tuan Guru duduk. Begitu juga halnya sesudah kuliah, mereka akan bangun dan kekal berdiri sehinggalah Tuan Guru masuk ke rumah, barulah mereka beredar.

Bersalam dengan Tuan Guru juga ada waktunya. Kalau tak silap, hanya pada hari Selasa dan Khamis sesudah asar Tuan Guru akan bersandar dan akan bersalam dengan anak muridnya yg mencecah jumlah 300 orang. Tangan digarap dan dicium oleh anak murid, dari yang muda hinggalah yang tua bangka.

Sikap rendah diri para pelajar serta sistem pembelajaran yg berperingkat, dari yang paling asas ke tahap yg lebih tinggi menjadi faktor penyumbang kepada kefahaman mendalam para pelajar di dalam bidang agama. Kepelbagaian disiplin ilmu, seperti ilmu nahu, sorof, feqah, hadith, tafsir, mantiq dan tasawuf, serta pengekalan penggunaan kitab-kitab silam seperti Tafsir Nasafi, Mataz Zubad, Sahih Bukhari dan Muslim, Matan Ajrumiyyah, Matan Qatar, Fathul Wahab, Matan Syuzu dan banyak lagi, membuktikan yang pondok masih relevan di zaman moden ini, dalam memelihara warisan mereka yang terdahulu, yg kian di jauhi oleh masyarakat Islam di kala ini.

Mungkin tempoh pengajian dua minggu tidak melayakkan diri ini untuk bercerita perihal pondok Pak Teh. Tapi dua minggu itu memberi kesan yang amat dalam, betapa perlunya memuhasabah diri ini dan bersikap rendah diri, walaupun bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Shariah, kerana ijazah itu bukannya kayu pengukur yg menjamin kita lebih alim dan bijaksana dari warga pondok ini.

[Sayugianya dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman telah pulang menghadap Rabb Jalil jam 1.00AM tanggal 30 September 2010. Semoga roh beliau dimuliakan dan ditempatkan dikalangan para Anbiya, syuhada dan orang-orang soleh.]

6 comments :

adi_fimiyun said...

Dulu zaman bergelar student.Banyak kali jugak ada program ke Pondok di kelantan dan Melaka. Tapi, sayang x pernah dapat grab peluang macam itu. Sekarang baru teras rugi.

Muhammad Rahmat said...

Assalamualaikum.apa lagi lmn web pondok pengkalan hulu?
Ana cdg nk msk pondok pengkalan hulu.Ini no hp ana 013-4315628 dan ini email ana rahmatpondok@gmail.com atau rahmat_pondok@yahoo.com

Anonymous said...

Pondok Kuak ni, memang pondok nostalgia ambo duduk sana dulu. Duduk pulak betul2 bersebelahan pondok Abang Mat Rozaini. Zaman Jeff, Napiah, Ajis dulu2 tu... tabik aku kat depa, khabonye Jeff ngan Ajis dah bukak pondok sendiri.. harap2 betullah gitu...

Tapi tak tahan hati bila dengar Pak Teh pulak sudah tinggalkan kita... Kebetulan aruah adalah adik beradik ambo dekat sangat. Aruah abang dia, Pak Lang Pek pun sempat aku jumpa sekitar 2004/2005 jer... alih2 khabar, juga meninggalkan kita...

Jangan bimbang, guru2 di pondok Pak Tah ni, memang cool dan sporting...

Anonymous said...

mudah2an Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh pak teh yang disayangi.Amin - muzafar

Anonymous said...

salam
boleh sy dapatkn no tel pengedali pondok ni?
sy haraf anda dapat membantu.
emailkan pd sya butiran mereka.
Hisyam_tam87@yahoo.com

Noor™ said...

maaf sedara.masa saya pegi dulu Almarhum pak tek hidup lagi.
mungkin sedara bule cek page kat facebook dan tanya moderator page tu
http://www.facebook.com/pages/TUAN-GURU-HAJI-ABDUL-LATIF-BIN-ABDUL-RAHMAN/136880243003815

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.