The Last Castle (movie): My Version of Moral of The Story

Sunday, June 22, 2008

0 comments

Baru je abis download & tgk movie “The Last Castle”, cite psl sorang leftenan jeneral US Army, Eugene Irwin (three stars general) yg dimasukkan ke dalam penjara tentera, atas kesalahan gagal mematuhi “direct order” dari Presiden Amerika Syarikat.

Penjara di mana Jeneral Irwin ditempatkan dijaga oleh Kolonel Winter,seorang yg zalim. Warga penjara yg kesemuanya terdiri dari pesalah tentera (convicted armies) dilayan dengan teruk dan ada yg mati. Jeneral Irwin, seorang yg digambarkan sebagai seorang lagenda dalam sejarah ketenteraan dan peperangan Amerika, juga dihormati oleh warga penjara kemudian menyusun organisasi ala tentera, yg terdiri dari warga penjara dan bersiap dalam menentang penguasaan Kolonel Winter yg tidak berhati perut. Di akhir cerita, coup de etat yg dilancarkan tamat dengan jayanya.

Semalam Tun Salleh Abas diberitakan menerima ex-gratia dari kerajaan, begitu juga Tan Sri Azmi Kamaruddin. Tan Sri Azmi sebak mengenangkan apa yg telah terjadi kepada dirinya dan dengan linangan air matanya, menceritakan bagaimana beliau terpaksa melihat ketidakadilan berlaku di hadapannya sewaktu menghabiskan baki masanya sebagai seorang hakim di era Mahathir. Hampir 20 tahun sesudah kezaliman berlaku ke atas hakim-hakim yg jujur ini, akhirnya penghormatan yg sewajarnya dikembalikan kepada mereka yg berani ini, yg melaksanakan tugas mereka, mempertahankan perlembagaan, mengangkat dan melaksanakan undang-undang tanpa rasa takut dan pilih kasih (without fear and favour).

Watak Jeneral Irwin dalam cite The Last Castle persis 6 orang hakim yg terlibat dalam krisis kehakiman 1988, yakni mereka telah dituduh melakukan sesuatu yg tidak bersesuaian (the conduct of unbecoming, a general or judges), walaupun apa yg telah mereka lakukan merupakan sesuatu yg wajar. Ketidakadilan yg mereka terima sedikit pun tidak mengubah persepsi umum terhadap mereka. Sebagaimana Jeneral Irwin dihormati oleh warga penjara, begitu juga hakim-hakim ini disanjung tinggi, malah dinobatkan sebagai hakim-hakim yg berani dan disebut-sebut sebagai para hakim yg mewakili era kegemilangan badan kehakiman Malaysia. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Firman Allah, (Katakanlah, telah datang kebenaran dan telah binasa kebatilan dan sesungguhnya kebatilan itu pasti binasa)( Al Isra’:81)

P/s- Sebak aku baca manga Naruto 405. Aku turut berkongsi kesedihan Naruto di atas kehilangan Jiraiya-sama, kerana dalam sejarah ke-manga-an hidup aku, Jiraiya-sama merupakan watak yg paling aku minati. To the brave Judges and Jiraiya-sama the pervert hermit, Naruto-kun and Noor-kun salute you~!

Maid And Her Friends : As An Issue

Wednesday, June 18, 2008

0 comments

It is a worldwide notion that slavery is no longer a valid practice nowadays. Human as commodity and as subject of trade had ceased to exist.


In Malaysia we do have maid and contract worker (the cheap labours), of which consist of population of people originated from Indonesia, Bangladesh, Vietnam, China and some other countries. The maids are employed to do chore, from cleaning, laundering, cooking including babysitting. The contract workers most of them build houses and work at estate. Owh, By the way, the word "amah" used in referring to maid is an arabic word which means "woman slave".

Referring to how these people are addressed, they are not slave, as they are called maids and contract workers. But looking at how they work, it seems that they do nothing less than the slave does, or even worst.

In early years of Islam, the practice of having slave was still in place. People did have slave during that time. Saidina Bilal Bin Rabah, the muezzin of the Prophet was a slave of Umayyah Bin Al-Khalaf until Saidina Abu Bakr paid for his freedom. Some of the companions also have slave, including Saidina Abu Zarr Al-Ghifari.

Let see how the Prophet directed his companion, Saidina Abu Zar in dealing with his slave, a hadith of Al Ma’ari, narrated by Imam Bukhari:-

]هُمْ إِخْوَانُكُمْ جَعَلَهُمْ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ فَمَنْ جَعَلَ اللَّهُ أَخَاهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ وَلا يُكَلِّفُهُ مِنْ الْعَمَلِ مَا يَغْلِبُهُ فَإِنْ كَلَّفَهُ مَا يَغْلِبُهُ فَلْيُعِنْهُ عَلَيْهِ

[They (the slave) are your brothers, of which Allah put them under your command,whoever vested with command over them (the slaves) feed them from what you feed, dress them with what you wear, don’t burden them with hard task which they are incapable of and if you do give them hard work, you should assist therein.]

From the above hadith, the slave is to wear what the master wear, to have the same meal as what his master has. The slave must not be forced to do what he is incapable of and if he is to be exerted, the master should lend his hand.

Comparing the fate of slave during those time and maids or contract workers of our days, it seems that the slaves were treated better. It can be seen in public, especially at mall that maids are dressed disparagingly, maybe for people to discern who is master and who is maid. Bad treatments received by the maid are ex facie, a perception in the mind of the majority of our populace, though many flee unreported.

On 12 of May 2008, the Anti Human Trafficking Act is seen to have its first accused, charged under the provision of the act. The act is meant to prevent and to stop human smuggling from foreign country into Malaysia for the purpose of making use of them as workers or to be traded with interested party. It seems that the government is serious in repelling inhuman act of smuggling human and making them slave.

As much as the government concerns in adopting the universal principal of anti slavery, it is also wise to re-evaluate whether the objective of this anti slavery notion is met, or it is a mere re-branding of the slavery into the so called maid or contract worker. How we call this people is immaterial, but how they are treated is what matter as “Equity looks into substance, rather than form”.

Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu

Monday, June 16, 2008

6 comments

Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali dengan panggilan pondok Pak Teh terletak di daerah Hulu Perak iaitu daerah Pengkalan Hulu di negeri Perak Darul Ridzuan. Pondok ini adalah satu-satu pondok pengajian ilmu islam yang lama dan masih wujud di negeri Perak.Pondok ini didirikan pada tahun 1963 oleh YBhg Tuan Guru Dato' Hj. Abd Latif Abdul Rahman atau Pak Teh , pondok ini didirikan sendiri oleh Pak Teh yg berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah (Majlis Fatwa) Negeri Perak.

Persekitaran yg sederhana, bersuasana desa, dipayungi pohon-pohon hijau dengan pondok-pondok pelajar yg bertebaran, serta ayam dan kambing yg berkeliaran mungkin tidak menarik minat mereka yg biasa dengan cara hidup kota dan dibesarkan dalam dimensi kemodenan.

Namun di pondok-pondok yang usang, tinggal para pelajar dan di surau yg berlantaikan papan bersilingkan zink, transaksi ilmu mengambil tempat dengan penuh adab dan tradisi keilmuwan, mencuit hati sesiapa sahaja yg berkesempatan ke sana. Kitab-kitab silam ditadah dengan penuh khusyuk, sesudah subuh, sesudah zohor, sesudah asar, sesudah maghrib dan sesudah isyak. Selepas solat subuh, kelihatan 3-4 orang pelajar menghampiri Tuan Guru, menyemak hafalan matan-matan yg berbeza. Namun yang ajaibnya, ketajaman deria dengar dan ingatan Tuan Guru dapat sahaja menangkap andainya ada silap dalam hafalan mereka, walaupun setiap mereka membaca matan yg berbeza secara serentak di hadapan Tuan Guru. Penyampaian kuliah di dalam bahasa melayu, dialek siam, Kelantan dan utara. Mereka yg baru mungkin berasa pening dan asing dengan penyampaian si Tuan Guru.

Pada waktu malam, kedengaran suara-suara mengatasi bunyi unggas, yg sibuk mengulangkaji pelajaran dan hafalan. Dari Ilmu Nahu ke Ilmu Feqah, riuh di merata pondok suara pelajar mengulangkaji. Tidak cukup dengan kuliah umum kelolaan Tuan Guru di surau, ada juga kelas-kelas mini yg diajar oleh Ustaz-ustaz yg terdiri dari murid senior di pondok. Ada Ustaz-ustaz yg telah menghabiskan masa selama 30 tahun di pondok dan ada yg baru 8 tahun. Kedalaman ilmu mereka mengagumkan walaupun tidak punya sijil, diploma atau ijazah di dalam bidang agama.

Bagi yg hanya sementara di sana (seperti teman), boleh diminta Ustaz-ustaz ini mengajarkan secara peribadi mengikut masa yg bersesuaian. Berbekalkan kitab dan sebatang lilin dihadapan sang Ustaz yg terjerit-jerit ibarat “naik syeikh”, teman mengaji ilmu nahu dengan kitab “Syarah Mukhtasar Jiddan A’la Al-Ajrumiyyah”, antara kitab nahu yg paling asas diajarkan di pondok itu. Perkataan dibaca sepatah-sepatah dan dihurai sepatah-sepatah. Tidak hairanlah kalau dalam ½ jam, hanya setengah mukasurat yg mampu dihabiskan.

Ada juga beberapa perkara yg menarik dapat diperhatikan di sana. Antaranya, solat subuh hanya bermula pabila Tuan Guru membuka pintu rumahnya dan masuk ke surau (rumah Tuan Guru dan surau bersambung). Selalunya solat subuh pada jam 6:40-6:45 pagi, agak lewat juga kiranya.

Begitu juga menariknya bila Tuan Guru tidak mahu mengimamkan solat, murid-murid akan mencari mereka yg paling senior untuk menjadi imam. Apabila yg senior pun enggan menjadi imam, yg muda-muda akan menjadi imam. Namun, sesudah habis solat dan wirid, imam muda tadi akan menepuk lantai dan Tuan Guru atau si senior yg ada di dalam surau akan membaca doa, tak kira di mana duduknya murid senior itu, kadangkala di belakang imam dan kadangkala dibucu surau. Dapat diamati yg mereka ini memuliakan Tuan Guru dan abang-abang seguru mereka, suatu sikap yang sudah jarang wujud dalam diri para pelajar masa kini.

Murid-murid juga akan bangun sebelum memulakan kuliah dan mereka hanya duduk sesudah Tuan Guru duduk. Begitu juga halnya sesudah kuliah, mereka akan bangun dan kekal berdiri sehinggalah Tuan Guru masuk ke rumah, barulah mereka beredar.

Bersalam dengan Tuan Guru juga ada waktunya. Kalau tak silap, hanya pada hari Selasa dan Khamis sesudah asar Tuan Guru akan bersandar dan akan bersalam dengan anak muridnya yg mencecah jumlah 300 orang. Tangan digarap dan dicium oleh anak murid, dari yang muda hinggalah yang tua bangka.

Sikap rendah diri para pelajar serta sistem pembelajaran yg berperingkat, dari yang paling asas ke tahap yg lebih tinggi menjadi faktor penyumbang kepada kefahaman mendalam para pelajar di dalam bidang agama. Kepelbagaian disiplin ilmu, seperti ilmu nahu, sorof, feqah, hadith, tafsir, mantiq dan tasawuf, serta pengekalan penggunaan kitab-kitab silam seperti Tafsir Nasafi, Mataz Zubad, Sahih Bukhari dan Muslim, Matan Ajrumiyyah, Matan Qatar, Fathul Wahab, Matan Syuzu dan banyak lagi, membuktikan yang pondok masih relevan di zaman moden ini, dalam memelihara warisan mereka yang terdahulu, yg kian di jauhi oleh masyarakat Islam di kala ini.

Mungkin tempoh pengajian dua minggu tidak melayakkan diri ini untuk bercerita perihal pondok Pak Teh. Tapi dua minggu itu memberi kesan yang amat dalam, betapa perlunya memuhasabah diri ini dan bersikap rendah diri, walaupun bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Shariah, kerana ijazah itu bukannya kayu pengukur yg menjamin kita lebih alim dan bijaksana dari warga pondok ini.

[Sayugianya dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman telah pulang menghadap Rabb Jalil jam 1.00AM tanggal 30 September 2010. Semoga roh beliau dimuliakan dan ditempatkan dikalangan para Anbiya, syuhada dan orang-orang soleh.]

Agama dan Bukan Ahli

Saturday, June 14, 2008

0 comments

Dengan kemudahan teknologi yg kita ada, kini mencari ilmu bukan lagi sepayah dahulu. Dahulu, nak belajar agama kena ke madrasah, surau atau pondok. Kini kita ada sekolah-sekolah agama yg melahirkan generasi celik agama. Kita juga ada kemudahan seperti AlQuran elektronik berserta terjemahannya dan juga bacaan AlQuran dalam bentuk mp3 yg dengan mudahnya disuap ke lubang telinga. Tak kurang juga adanya hadith-hadith nabi dalam bentuk digital.

Dalam kemudahan mencari ilmu agama ini, tampak wujud golongan-golongan bijak pandai, yg berkerjaya professional dan teknokrat, menggelar diri mereka celik agama dan dengan mudah memperlekehkan ilmuwan-ilmuwan tua dan pendapat-pendapat mereka. Berbekalkan terjemahan Al-Quran dan juga terjemahan hadith-hadith Bukhari dan Muslim, mereka membantai ulama-ulama tua dan menyifatkan yang ulama-ulama ini “buta dalil”, mengambil hukum dari lidah ulama silam, bukan dari sumbernya iaitu AlQuran dan sunnah.


Tak cukup dengan itu, ulama-ulama silam turut dipertikaikan. Fatwa Imam Syafie sering dipertikai oleh mereka dan ujarnya bercanggah dengan hadith-hadith dari terjemahan yg mereka punyai. Lalu dikritik Imam Syafie sehinggakan ada yg hilang rasa hormat terhadapnya dengan menggelar ulama besar itu “Budak Pie”.

Semangat ke arah mendalami agama itu wajar dipuji, terutama bila semangat itu wujud dalam diri jurutera, jurubank, ahli perniagaan dan pengamal undang-undang. Namun perlu mereka ini sedar yg agama itu bukan secara zahir dan mentah kita ambil dari Al-Quran dan Hadith. Untuk memahami Al-Quran, pengetahuan mendalam di dalam Bahasa Arab merupakan satu kemestian, kerana AlQuran diturunkan dan juga hadith dilafazkan di dalam bahasa arab. Bahkan perbezaan dlm bahasa antara faktor yg menyumbang kepada wujudnya perbedaan yg luas dalam pengistinbatan hukum di kalangan ulama. Memahami Alquran dari terjemahan di dalam bahasa melayu atau inggeris bukan satu jaminan kepada pemahaman maksud AlQuran pada erti kata yg sebenar.

Satu contoh yg amat menarik, sebagai mana dinukilkan oleh Ibnu Rusyd di dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid ialah di dalam masalah melafazkan talak sesudah tamat tempoh ila’ (bersumpah menjauhi hubungan kelamin dengan isteri), samada talak terjatuh dengan tamatnya tempoh sumpah ila` atau si suami perlu melafazkan talak.

Jumhur selain Imam Malik berpendapat jatuh talak dengan tamat tempoh ila’, andainya suami tidak menarik balik sumpahnya walaupun si suami tidak melafazkan talak. Imam Malik berpendapat talak tidak jatuh dengan sendiri, walaupun dengan tamat tempoh ila’ dan dalil mereka hanyalah kerana dihujung ayat ila’ menyebut “Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” dan bagi mereka, "mendengar" di dalam ayat itu menunjukkan kepada perlunya "lafaz" talak. Hanya dengan menggunakan dalil bahasa, ulama Maliki berfatwa menyalahi pendapat ulama-ulama lain, dan pendapat ini dihormati hingga ke hari ini.

Begitu juga pentingnya ilmu Usul Fiqh. Andainya AlQuran dan Hadith itu dianggap sebagai bahan mentah (raw material), ilmu usul fiqh ialah peralatan, kaedah-kaedah yg digunakan untuk mendapatkan hasil, iaitu hukum. Ulama menyusun usul fiqh sebagai peralatan dalam mengeluarkan hukum dari kedua-dua kalam suci, AlQuran dan Sunnah.

Tak kurang juga pentingnya pemahaman mengenai kebarangkalian wujudnya perbezaan pendapat, kerana manusia bukan semua berfikir dgn cara yg sama. Jadi adab dalam menghadapi perbezaan pendapat amat penting.

Namun yang paling penting, mengenali diri sendiri. Imam Syafie mempelajari bahasa arab secara berguru dengan puak badwi yg masyhur dengan penguasaan bahasa arab mereka. Beliau juga menghafaz Muwattta (kitab hadith) Imam Malik sebelum berguru dengan Imam Malik sendiri. Bahkan ada satu ketika dimana guru kepada Imam Syafie ditanya apakah sebab rasul melarang sarang burung dari diganggu, gurunya tak dapat menjawab. Lalu Imam Syafie memberi pendapat yg hadith itu berkaitan dengan hadith lain yg melarang menilik dan arab jahiliyyah menilik dengan menggunakan burung untuk menentukan perjalanan mereka ketika berdagang. Sesudah itu gurunya berkata dimajlis umum, andainya wujud permasalahan dlm pemahaman hadith, rujuklah anak muda ini (sambil menunjuk kepada Imam Syafie).


Dalam ilmu akhlaq, kita di ajar mengenai "tsiqah" atau "trust" in English. Dalam mempelajari ilmu, kita perlu ada sifat mempercayai mereka yg memberi ilmu, samada yg memberi ilmu itu manusia atau pun tulisan seperti buku. Telah maklum akan kewujudan mereka-mereka yg terkenal tsiqahnya mereka, terutama ulama-ulama mazhab, seperti masyhurnya Imam Nawawi empunya Matan Minhaj dan Syeikh Khatib Syarbini empunya Mughni Muhtaj Syarah Matan Minhaj dalam fiqh Syafie. Pendapat yg dinukilkan dalam kedua kitab ini telah berabad diperakui sebagai nukilan hukum yg telah ditulis dengan jujur, bersandarkan dalil-dalil AlQuran dan Sunnah. Sikap mempercayai "pembawa ilmu" ini dapat kita lihat dalam diri Imam Syafie, seperti yang tergambar dari kata-katanya yg masyhur "Aku jadikan kitab ini (Muwatta' Imam Malik) sebagai hujah di antaraku dan Tuhanku". Begitulah contoh dari seorang ulama yg tsiqah dengan ilmu dari gurunya.

Namun terasa jelak bila melihat mereka-mereka yg mutu bahasa arabnya sekadar tahu mengira dan bertanya khabar, memperlekehkan kitab-kitab fiqh, mengajak umat ke arah berijtihad sendiri dan meninggalkan taqlid. Mereka ini dengan bongkak "mencuba" mengistinbat hukum dari AlQuran dan Sunnah, seolah-olah mereka "ahli" dalam bidang tersebut. Bila mereka ini disogok dengan pendapat ulama, terpacul dengan megah dari mulut mereka "mana dalilnya?" laksana alim lagi bijaksana rupanya. Andainya alim sangat, seharusnya dada itu penuh dengan dalil, tak perlu ditanya lagi.

Yang peliknya, fenomena ini hanya berlaku bila mereka mengaji agama. Andai diunjurkan berita ekonomi, sains atau yg selainnya, tidak di tanya mana dalilnya. Mereka juga menggesa umat meninggalkan amalan yg tidak ada asas dalam Islam, terutama amalan-amalan yang kononnya warisan dan "tidak berdalil".

Jadi bila AlQuran dan sunnah bebas dihurai oleh sesiapa sahaja, tumbuhlah ideologi seperti Haji Kahar yg mengatakan Surah Yaasin diturunkan kepadanya. Tak kurang hebatnya Islam liberal yg mendakwa AlQuran mempunyai kesilapan dari segi tatabahasa dan juga mendakwa bahawa Nabi bukan buta huruf secara hakiki seperti yg disebut di dalam AlQuran. Tidak mustahil juga jika nikah mutah diharuskan oleh golongan "ahli dalil" ini, kerana adanya hadith yg kuat dari Ibnu Abbas yg menyokong keharusan nikah mutah.

Kita sering terperangkap dengan slogan "ulama-ulama juga manusia biasa seperti kita". Bersemangat dengan apa yg dianjurkan oleh slogan ini, kita hilang rasa rendah diri terhadap ulama-ulama silam dan seterusnya mencambah sikap biadab kita terhadap ulama-ulama dan tradisi keilmuwan yg amat dititikberatkan di dalam Islam. Memang benar manusia itu serba kekurangan, begitu juga para ulama, tapi di dalam mengkritik, berlaku jujurlah kepada mereka yang dikritik dan yg lebih utama, sedarlah diri. Jangan jadi leftenan yang cuba mengajar jeneral.

Ulama-ulama kita ibarat laut dan kita ibarat sinki dapur. Yang kita tahu barangkali secebis dari apa yg mereka tahu. Kenal diri kita. Ulama-ulama ini juga telah berabad dipercayai. Tapi kita yg hidup di zaman moden cuba hendak berlagak pandai macamlah kita lagi pandai dari orang-orang dulu. Jangan wujud fenomena tukang emas mengajar tukang kayu bagaimana hendak mengetam, begitu juga jangan kita jadi seperti ahli muzik mengajar peguam bagaimana nak berhujah. Kita hidup dlm bidang masing-masing dan hormatilah mereka yg arif di dalam bidang itu. Jangan kerana kita hafal hadith dua tiga patah, habis ulama lain kita tuduh sesat, dek kejahilan kita akan berjuta patah lagi hadith yg kita tak hafal.

Hakcipta terpelihara - Noor. Powered by Blogger.